About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 19 June 2014

Kembang Kemboja Kuningku

As-salam.

Pokok kemboja kuning yang ditanam sejak tahun lepas baru pertama kali kembang bunganya. Pokok ini pemberian Diana dari blog Kebun Bahagia Bersama - terima kasih Diana, cantik sekali!! Lihatkan:

Kemboja kuningku!
Yang lain-lain juga bakal menyeri!
Dengan ini bertambahlah koleksi kembojaku. Yang sedia ada, kemboja merah dan merah jambu. Sekarang kuning pula, alhamdulillah!




Monday, 16 June 2014

Menyelam Sambil Minum Air



As-salam.

Pada hari minggu lepas kami hadir untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin anak buah Pak Aji di FELDA Chini, Pekan, Pahang. Akad nikah pada hari Jumaat malamnya tetapi kami sampai agak lewat, cuma sempat sampai setelah majlis selesai sahaja. Majlis kendurinya pada keesokan harinya.

Kami diberikan penginapan di sebuah homestay di kawasan sekitar itu juga. Pada keesokan paginya sambil Mak Aji memerhati adik ipar membetul-betulkan dulang hantaran di beranda rumah, Mak Aji perasan akan pokok bunga raya yang terdapat padanya tiga empat jenis bunga raya yang berlainan warna! Apabila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya terdapat tiga atau empat pokok yang sudah agak besar dan bersilang-silang rantingnya sehinggakan kita sudah tidak tahu pokok mana yang menghasilkan bunga mana! Perhatikan bunga-bunganya serta pokok-pokoknya sekali:

Bunga raya peach dua tingkat.
Bunga raya merah dua tingkat.
Bunga raya putih.
Pun bunga raya putih. Perhatikan kelopaknya berlapis-lapis!
Ini pula satu-satunya bunga raya merah jambu yang di hujung rantinganya
bunga rayanya putih!!
Ini pokok (pokoknya).

Mak Aji cukup teruja melihatkan bunga-bunga raya itu lalu dengan pantas menghubungi tuannya dan meminta keratan batangnya untuk dibawa pulang. Alhamdulillah tuannya cukup bermurah hati dan meluluskan permintaan Mak Aji! Seronoknya apabila mendapat keratan batang secara percuma, cantik pula tu! Yang paling Mak Aji suka bunga putih yang adakah mungkin akan bertukar menjadi merah jambu seperti satu-satunya kelopak yang ada itu??? Itu suatu misteri yang harapnya akan terungkai apabila pokok yang bakal ditanam berbunga nanti!

Alhamdulillah!! Kenduri, kenduri juga, bunga, bunga juga, he he!! 



Indah Nian 'Sanggul'mu

As-salam.

Dalam cuaca panas sejak sehari dua ini, masih ada pokok yang galak berbunga. Antaranya pokok bunga elderberry ini. Kembangnya segugus yang terdiri daripada bunga-bunga kecil menghasilkan bentuk seakan-akan sanggul besar! Lihatkan:

Bunga elderberry.
Ini pokoknya.



Wednesday, 11 June 2014

Rezeki Mulberi Lagi

As-salam.

Alhamdulillah rezeki mulberi kali ini paling banyak setakat ini. Tuaian sepanjang seminggu lebih menghasilkan buah sekitar 600gm! Pokok mulberi sudah beberapa hari dicantas balik oleh Pak Aji dan pucuk baru sudah mula muncul lagi! Tidak lama lagi insya-Allah akan berbuahlah lagi mulberiku walau hanya sepokok!

600 gm buah mulberi yang siap dibersihkan.
Hampir penuh satu blender!
Ini pula sirap kegemaran kami yang dapat dihasilkan:

Sirap mulberi - insya-Allah dalam tempoh sehari dua selesailah!

Tuesday, 10 June 2014

Kalah Saiz Tetapi Menang Rasa

As-salam.

Di laman Mak Aji ada dua jenis pokok mangga yang sudah menghasilkan buahnya, mangga cokanan dan mangga Mahathir. Mangga cokanan ada 3 pokok manakala mangga Mahathir ada dua pokok (cuma satu yang berbuah, yang satu lagi masih kecil). Begini perbandingan saiznya:

Mangga cokanan jauh lebih kecil dari segi saiznya.

Mangga cokanan walaupun kecil saiznya, dari segi rasa alhamdulillah cukup manis sekali! Mangga Mahathir pula lebih lemak dan agak manis-manis masam. Begitulah mangga dengan keistimewaan masing-masing, sesuai dengan selera kita yang kadang-kadang berbeza. Apapun syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah!


Thursday, 5 June 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Buah mangga cokanan banyak yang menjadi habuan sang tupai dan juga monyet agaknya, sebab Mak Aji perasan terdapat biji mangga yang di bawah pokok mangga juga di bumbung rumah! Kerja sang monyetlah agaknya tu (cuma belum ditangkap red-handed sahaja!). Apapun, reda sahajalah bahagian rezeki mereka dan bukannya bahagian rezeki kami sekeluarga. 

Bukan tupai serta monyet sahaja punya rezeki, ada juga rezeki ulat - sebahagian buah yang dituai dari luar kelihatannya tiada apa-apa tetapi apabila dikopek rupa-rupanya sebahagiannya sudah berulat - tidak kesemua buah mangga mampu kami balut agar tidak dapat disuntik lalat buah - inilah akibatnya!

Apapun, petang tadi Pak Aji menuai lagi mangga cokanan - ada yang agak-agak sudah matang dan ada juga yang masih muda - luruh semasa Pak Aji memangkas dahan pokok mangga - habuan dalam bentuk colek manggalah tu!

Berikut foto mangga hasil tuaian hari ini:

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan-Nya!



Tuesday, 3 June 2014

Fireball Lily - Terubat Sudah Kempunanku!

As-salam.

Bukan susah sangat untuk menggembirakan hati ini - cukup sekadar kembangnua bunga yang dinanti-nanti kembangnya membuatkan hati Mak Aji berbunga-bunga dalam keterujaan! Berakhirlah kempunan yang sekian lama bertakhta di hati!:

Kembangmu walau hanya sekuntum cukup menceriakan hati!
In full bloom, masya-Allah so beautiful!!
Another take on this awesome beauty!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...