About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 12 October 2014

Angkara Siapakah Ini??

As-salam.

Setelah mengeram di dalam rumah selama berapa minggu ekoran larangan berkebun oleh Pak Aji dek kerana Mak Aji diserang demam Denggi, Mak Aji dapati pokok bakawali magenta hampir habis daunnya dimakan sesuatu!:




Geram di hati tidak terkira dek kerana hampir gondol daunnya dikerjakan - nanti kau! Bilalah nak berbunga pokok ini kalau begini nasibnya?? Aduhai kesian bakawaliku!



Teman Berkebun yang Baru!

As-salam.

Selepas baik daripada demam Denggi, Mak Aji agak sedikit takut untuk berkebun semula, takut terkena Denggi lagi - memang biasa perasan akan si belang itu setiap kali berkebun! Asal keluar rumah sahaja Pak Aji akan mengintai dan mengajak Mak Aji masuk ke rumah! Untuk kekal lama di laman, Mak Aji membawa rakan baru (sebagai langkah keselamatan!). Mahu kenal siapa dia? Ini dia!:

Tadaa! Merah lagi warnanya!

Rupa-rupanya bukan Mak Aji sahaja yang berkebun bertemankan lingkaran ubat nyamuk. Ada rakan FB Mak Aji yang berbuat demikian juga! Agak 'universal' jugalah ya! Pernah juga Mak Aji saksikan posting rakan FB yang mengajak untuk sama-sama menikmati buah mangga yang dicicah colek di kebunnya dan di sebelahnya juga ada lingkaran ubat nyamuk sebagai teman, he he!!



Hasil Tangkapan Semalam

As-salam.

Salah satu pokok Mak Aji yang berada di pintu pagar, pecah pasunya. Maka (dengan suka hatinya!) Mak Aji 'terpaksa' ke nurseri untuk mencari ganti. Alang-alang ke nurseri takkan beli pasu sahaja, bukan?! 

Harga pasu boleh tahan mahalnya (fahamlah pasu naik lori, minyak mahal! Isyyy!!) dan Mak Aji beli hanya sebiji sahaja. Dalam proses mengintai-ngintai pokok (di sebuah nurseri berhampiran Hospital Sungai Buloh) maka terlihatlah Mak Aji akan pokok bunga ini di dalam longkang (mengharap dapat percuma!) dan yang di dalam polibeg kecil (anaknya) RM3 sepokok. Mak Aji tetap mahukan yang di longkang dan apabila ditanya, jawabnya RM5 untuk 2 pokok! (sorilah, takde percuma, percuma ya!). Lihatkan, comelkan!:

Si cantik manis, mexican petunia merah jambu!
Dua pokok ini yang RM5 tu (patutnya percuma aje, kan, kan, kan!!!)

Mak Aji menyinggah beberapa nurseri yang menjual pasu dan setelah mendapatkannya Mak Aji kembali ke rumah mengikut jalan lain (pun ada nurseri sekitar situ). Mak Aji meninjau-ninjau kiri kanan untuk mengesan Nurseri Floranika yang rakan-rakan FB sibuk menyebut dan juga kunjungi. 

Nasib Mak Aji baik (memang rezeki tuan nurseri juga walaupun Mak Aji cuma membeli sepokok dua sahaja!) dan tanpa disangka-sangka Mak Aji ternampak papan tanda nurseri itu. Lalu sempatlah Mak Aji membawa balik beberapa pokok:

Pokok bunga sedap malam - cantik dan harum bunganya. Sekali pandang semacam hoya sebab gugusnya.
Walau tak ada bunga, inilah pokok bunga YTT - yesterday, today and tomorrow - kembangnya 3 hari kut?? Katanya wangi bunganya!
Tambah koleksi RJ - yang ini bunganya merah jambu, kembang selapis berbatik! Tunggukan apabila kembangnya ya!
Sekian hasil tangkapan semalam. Mak Aji semak di grup Tangan Hijau di FB, katanya ada rombongan cik kian ke sana tengah hari ini (waktu ini!) - memborong sakanlah kawan-kawan kita ya!!

Insya-Allah Mak Aji ke sana lagi ya Ros Flo (tauke nurseri ini) untuk menambah koleksi!




Matang sudah Ceri Barbados

As-salam.

Pagi-pagi ini Mak Aji perasan buah ceri Barbados sudah luruh sendiri di pasu - sudah cukup matang agaknya walaupun warnanya belum cukup merah. Comel je rupanya!:

Comey aje, kan!
Sudah dibelah dan dimakan - masam juga.
Ada 3 biji benihnya - bolehlah dibuat benih!

Sekian kisah ceri Barbados!



Etika Berkebun




As-salam.

Etika berkebun?? Ada ke kita perlu beretika dalam berkebun?? 

Pagi ini Mak Aji dan Pak Aji keluar bersarapan, mencari nasi lemak di sekitar kawasan Kampung Sri Kundang. Boleh tahan sedap nasi lemaknya. Sampai sahaja kami di rumah, kami lihat asap berkepul-kepul - jiran tanah sebelah (pekerjanya) sibuk membakar sisa semak samun yang ditebas dan dimesin tempoh hari. Pagi-pagi lagi sudah membakar timbunan semak! - tahukah anda, terutama untuk isteri yang bekerja, hari minggu seperti inilah mereka mendobi kain baju. Siap mencuci tentu disidai, kan! Kalau pagi-pagi buta sudah membakar, tidak ke kain baju yang disidai akan berbau asap api? Yang lebih bagusnya habuk berterbangan dan menghinggap kain baju!! Tentu ada jiran tetangga yang marah, bukan! 

Itulah dia contoh salah satu contoh orang yang tidak beretika. Kalau ya pun, biarlah membakar di sebelah petang, agak-agak kain baju orang sudah kering! 
Maaf ya, pagi-pagi lagi sudah berleter! Hilang mood Mak Aji, apalagi dengan bekalan air yang terputus juga pagi ini - adoi, berganda-ganda hilang mood!

Pembakaran terbuka pagi-pagi hari!


Barisan RJ yang Menawan

As-salam.

Sejak Mak Aji menggunakan baja hitam merah yang dijual oleh Rose dari Blog Semua Menjadi, alhamdulillah RJ cukup meriah sekali. 

Untuk lebih menikmati keindahan bunganya yang kembang, Mak Aji memindahkan pasu-pasu bunga RJ ke hadapan agar lebih mudah kelihatan dan tidak terselindung. Saksikan:

Deretan RJ-ku.
Siap siaga untuk memeriahkan laman.
Manisnya merah jambumu!
Pujaan hatiku!!!
RJ memang cukup meriah dan mampu menghibur tukang kebun setiap kali keluar ke laman!




Saturday, 11 October 2014

Ceri Barbados

As-salam.

Tempoh hari Mak Aji tersilap beli ceri Barbados. Sebenarnya Mak Aji mahukan ceri Surinam yang cantik bentuknya umpama cermai. Apapun pokok tersebut sudah berbunga ketika dibeli. Sekarang buahnya sudah mula muncul. Tidak sabar rasanya menunggu buanhnya ranum!:

Ini buahnya yang menunggu ranum.
Sudah ditanam di pasu dan buahnya ada dua sahaja.
Ceri Surinam masih kuidam jua - ada rakan FB yang bersedia untuk memberi benihnya - harap tertunailah hajatku nanti, insya-Allah!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...