As-salam.
Etika berkebun?? Ada ke kita perlu beretika dalam berkebun??
Pagi ini Mak Aji dan Pak Aji keluar bersarapan, mencari nasi lemak di sekitar kawasan Kampung Sri Kundang. Boleh tahan sedap nasi lemaknya. Sampai sahaja kami di rumah, kami lihat asap berkepul-kepul - jiran tanah sebelah (pekerjanya) sibuk membakar sisa semak samun yang ditebas dan dimesin tempoh hari. Pagi-pagi lagi sudah membakar timbunan semak! - tahukah anda, terutama untuk isteri yang bekerja, hari minggu seperti inilah mereka mendobi kain baju. Siap mencuci tentu disidai, kan! Kalau pagi-pagi buta sudah membakar, tidak ke kain baju yang disidai akan berbau asap api? Yang lebih bagusnya habuk berterbangan dan menghinggap kain baju!! Tentu ada jiran tetangga yang marah, bukan!
Itulah dia contoh salah satu contoh orang yang tidak beretika. Kalau ya pun, biarlah membakar di sebelah petang, agak-agak kain baju orang sudah kering!
Maaf ya, pagi-pagi lagi sudah berleter! Hilang mood Mak Aji, apalagi dengan bekalan air yang terputus juga pagi ini - adoi, berganda-ganda hilang mood!
Betul tuh makji, kadang mereka tuh tak pikir akan efek pd orng lain..janji kerja mereka beres...kalo kat sini lg stress bab pembkaran terbuka terutama ladang tebu..tapak kaki dok dalam umah jer asyik hitam jer wpun sapu tiap2 ari...huhuh
ReplyDeleteSalam UAA,
DeleteTambah pula org lelaki ya, mereka bukannya kerja basuh kain apa! Kami dok kemas laman depan sempatlah kena jelaga yang berterbangan, aduhai! Anak2 jiran pergi sekolah esok pakai baju berbau asap apilah, he he!!
Assalam Mak Aji.. saya dpt info ni dari group wasap...
ReplyDeleteAssalam semua yg dok selangor. Jam 8 mlm loji air ke klang, kuala slgor dan pj ditutup sbb pencemaran diesel. Simpan air sgera sbb tak tahu bila blh pulih pencemaran tu. La ni air ada sbb reserve dlm tangki simpanan syabas...ambil lgkah standby...
PERHATIAN SEMUA.
PHK KAMI TLH DMKLMKN LOJI SSP1, SSP2, SSP3 TELAH MENUTUP OPERASI LOJI BERMULA 8MALAM TADI KERANA DIDAPATI DIESEL DIJUMPAI DALAM AIR MENTAH.
TERIMA KASIH.
Waalaikumussalam Mar,
DeletePagi sebelum keluar sarapan air perlahan. Balik sarapan kering terus! Call SYABAS asyik engage je! Padanlah! Air memang dah kering pun!!! Aduhai sampai bilah ni? Habislah pokok!!
Terima kasih Mar atas makluman!
DeleteSalam Mak Aji,
ReplyDeleteDi sebakan rumah I landed house dan corner lot, dan punya 3 pokok mangga di sekiling rumah dan juga pokok kemboja pink (tak tau nama dia hehe) yang besar dan daun mereka mereka tu kerap gugur, I terpaksa kumpulkannya dan tunggu masa yang sesuai untuk bakar. Kadang kalau angin rajin datang I masukkan dalam garbage bag hihihi
Salam kenal Honey,
DeleteMemang cukup beretika tu, he he! Mak Aji pun ada pokok mangga, 5 semuanya di depan, sisi dan belakang rumah - memang jenuh kemas daunnya. Pokok kemboja juga ada 4.5 pokok, juga sama feelnya - daun luruh. Mak Aji dah tak bakar lagi daun kering sebab [ak Aji sayang rumput mati. Taruh dalam plastik sampah juga. Nice blogs u have!!