As-salam.
Itulah soalan yang sering ditanya pagi-pagi hari oleh Pak Aji (versi Melayunyalah!). Mak Aji tawarkan nasi goreng Cina, tidak mahu dia. Dia mahu makan roti. Jemu pula kalau makan roti bakar begitu sahaja. Oh ya, di FB atau di mana entah tempoh hari Mak Aji ada terlihat resepi yang ada sedikit kelainan - sounds like fun to try! Jadi, selepas sekitar 10 minit sarapan siap untuk kami berdua:
The star of the show - roti bakar masak apa entah! |
Sarapan kami pagi ini. |
Mangga yang sudah dipetik sehari dua lalu sudah masak dan kami mulakan sarapan dengannya first course, appetizer, cewah!). Seterusnya, main dish, roti bakar (roti disapu mentega dan diletakkan ke dalam ramekin.Pecahkan sebiji telur dan taburkan keju Cheddar, serbuk cili, garam serta lada hitam dan juga daun kucai yang dipotong. Bakar selama 10 minit dengan suhu 200 darjah Selsius) dan disudahi dengan teh-O! Maka lengkaplah sarapan kami, alhamdulillah! (ini pengaruh saluran masak-masak di TV-lah ni, he he!)
Oh ya, sebelum lari jauh daripada isu berkebun - Mak Aji memanfaatkan mangga, tentunya dari laman/kebun dan kucai juga segar dari kebun!
Catatan: Telurnya separuh masak ya, jangan ingat macam tak masak pula!
Sounds like you really had a good breakfast - looks good.
ReplyDeleteHave a great week.
Mary
Hi Mary,
DeleteYes it was, thank you. We had a mango and some chives (as part of the ingredients for the baked bread) fresh from the garden for our breakfast. We use to have our very own chickens but none now. Same wishes to you too.
Egg Benedict nama diberi mak aji...sy pernah cuba dulu semasa cari idea untuk Naufal makan...memang sedap kan...taruk carrot kentang lenyek n etc
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteBetul tu, Nadia sebut baru ingat balik namanya! Mak Aji taruh je apa2 yang sedia ada kat rumah. TQ for reminding!