About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 17 October 2014

Lasagna Ayam ala Malaysia

As-salam.

Cendawan dari dalam kabinet dapur sudah dipetik dan dalam memikirkan apa yang mahu dihidangkan untuk tengah hari ini, Mak Aji teringat akan lasagna - lama sudah tidak memasaknya. Cendawan sedia ada boleh dimanfaatkan untuk menggantikan cendawan butang (sedikit takut untuk membeli cendawan butang di kedai ekoran heboh tempoh hari cerita cendawan butang dari China yang sebenarnya tidak halal, haisy!).

Selain cendawan Mak Aji manfaatkan juga daun kari daripada pokok kari yang baru pulih ekoran sekarang 'makhluk asing' (lupa pula nama makhluk berkepala hitam yang menakutkan itu!). Lihatkan hasilnya:

Lasagna ayam ala Malaysia.
Kuah spaghetti versi Mak Aji dimasukkan cili giling serta rempah kari (juga tentunya daun kari). Jadi rasanya memang lain daripada versi asal (extra spicy kick) - tiada sesiapa marah, kan! Kami suka versi ini berbanding versi asal. 


Cendawan nan dua keping!
Setelah cendawan dipotong - semacam perut (orang Kelantan sebut perut kitab - perut tuala) pula.
Mak Aji letak daun kari untuk baunya.
Mak Aji pakai keju tempatan ini. 

Jom makan!

Catatan: Resepinya di bawah:

Resepi Lasagna ala Malaysia

       Kuahnya:

1 bawang besar/2 yang bersaiz sederhana - saiz besar (potong kiub)
2 tangkai daun kari
4 sudu besar cili giling (sesuaikan ikut kepedasan masing2)
3 sudu besar rempah kari daging
1 paket 400gm daging/ayam cincang (jenama Ramly)
1 tin bsr tomato puri (boleh kurangkan kalau tak suka masam)
1/2 tin cendawan butang (cincang)
Sekotak lasagna segera*
200 gm Keju mozarella

Cara2nya:

Tumis bawang hingga wangi, masukkan daun kari, cili giling d rempah kari. Bila pecah minyak, masukkan daging. Masukkan segelas air.  Bila daging/ayam masak, masukkan cendawan, garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa ikut selera anda.

 B.      Sos bechamel/putih:

2 sudu bsr mentega
4 sudu bsr tepung gandum
1/2 ketul stok ayam (hancurkan dlm 1 gelas air panas)
Garam d lada hitam
Sedikit susu segar (kalau suka)

Cara2nya:

Gunakan non-stick pan. Panaskan pan, masukkan mentega. Masukkan tepung. Kacau sebentar tetapi jangan sampai bertukar warna ke gelap (seperti buat sos untuk steak atau chicken chop) – sedikit kuning sahaja. Terus masukkan air panas (dengan stok ayam). Guna whisk plastik dan kacau sentiasa agar  tidak berketul. Masukkan susu segar. Sesuaikan kepekatan (kalau sejuk sos akan jadi lebih pekat).


Lenserkan acuan dgn mentega. Susun selapis kepingan lasagna. Senduk kuah daging/ayam hingga meliputi seluruh permukaan lasagna. Tuang sos bechamel. Taburkan selapis keju  mozarella. Ulang dgn lapisan lasagna lg. Buat hingga selesai. Tutup dgn aluminium foil. Bakar dgn suhu 170 selama 20 minit. Buka foil dan bakar lagi selama 10 minit lagi supaya keemasan  permukaannya. Hidang dengan salad.

*Kepekatan sos daging/ayam bergantung pada jenis lasagna yang anda gunakan. Kuah Mak Aji agak cair sedikit sebab Mak Aji gunakan lasagna segera yang tidak perlu dimasak terlebih dahulu.

Selamat mencuba!




11 comments:

  1. Assalam Mak aji,

    sedapnya menu mak aji buat. nyum2......hasil dari indoor garden lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Dok fikir apa nak buat dengan cendawan yang 'banyak' tu! Bila check stok bahan apa yang ada, maka terhasillah lasagna ni.

      Delete
  2. Nmpak cam piza plak aii sedap hidangan tghr hr ni Mak Aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Alhamdulillah memang sedap, terasa sedikit pedas dan wangi rempahnya. Yang bagusnya boleh guna pakai yang sedia ada di rumah!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji... ni nak ngecek resepi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Ok Mar, Mak Aji dah start karang resepinya! Nak kena karang sebab main agak2 je ikut suka ni!

      Delete
  4. Replies
    1. Salam AMIIZA,

      Alhamdulillah sedap, berasa cendawan tanam sendiri ni!

      Delete
  5. Sama plk kite yer mak aji..buat menu western ala melayu hihihi....tertarik dengan keju tempatan tu..sini tak pernah Jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itulah pasal, Masa Mak Aji dok baca entri Nadia, lasagna dok masak dalam oven! Macam dok berpakat pulak! Kalau dah lidah Melayu ya, kena ubah suai resepi ikut lidah kita! Keju mozarella, cheddar, cream cheese Mak Aji dok pakai jenama ni yang dijual di kedai Az-Zain. Kalau ada kedai Az-Zain di Kemaman, cuba jenguk!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...