About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 20 October 2014

Pokok Udara

As-salam.

Satu-satunya pokok udara yang ada di laman ialah jenis yang ini:



Petang tadi selepas Asar Mak Aji ajak Pak Aji keluar ke nurseri Sungai Buloh untuk membeli pasu khas untuk mengalihkan kaktus yang semakin membesar, membeli baja tahi ayam serta menjamu mata (kalau dengan Pak Aji memang tidak puas rasanya sebab dia menunggu sahaja di kereta, jadi perlulah cepat-cepat sebelum dibunyikan hon!). Pun Mak Aji tidak boleh lama sebab hujan sudah mula turun. 

Walau bagaimanapun, dalam mahu cepat itu sempatlah juga Mak Aji sambar 2 pokok udara - lama sudah mengidam tetapi setiap kali melihat harganya, Mak Aji tidak jadi beli. Mak Aji pilih yang paling murah pun, satunya RM12 dan satunya RM15. Yang berpuluh-puluh ringgit usah ceritalah!:

Dua pokok udara menumpang duduk di pasu kawanan kaktus.
Yang ini RM12.
Yang ini pula RM15.
Bird's nest semacam tak bahagia di sini. Perlu dialihkan ke lain tempat sebelum kering terus. Itu yang Mak Aji
mahu gunakan rangka kayu ini sebagai rumah baru pokok udara!

Semasa menunggu penjual pokok mengambil baja Mak Aji ternampak pokok bunga raya putih - katanya pokok ini ada khasiat dari segi perubatan. Sambarlah satu.

Pokok bunga raya putih.

Yang berbunga ungu tiadalah pula. Pokok bunga ros banyak tetapi dek kerana tergesa-gesa dan tiada kelihatan yang betul-betul mengancam, Mak Aji berlalu sahajalah. Lain kali Mak Aji datang lagi ya! 

Catatan: Ada 4 ceruk/lekuk pada rangka kayu. Pokok udara cuma ada 2 sahaja. Alamak, kena belilah lagi ni! Haisy (terbang lagi sen!).





12 comments:

  1. salams mak aji, bersemangat saya tgk pokok2 mak aji....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZA,

      He he, ramai 'anak2' Mak Aji kat laman, tak menang tangan menguruskannya!

      Delete
  2. Bird's nest tu rasa saya tak boleh direct panas, kalu tanam dia dibawah pokok nangka atau pokk apa2 bukan subur hijaunya... pernah tanam dulu, sya letak dibawah pokok belimbing...
    pokok nenas tu tanam dari jambul ka Mak Aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Hari tu Mak Aji letak bawah pergola, elok je dia, pastu saja boh kat bawah porch, itu yang macam merajuk je. Kena pujuk baliklah ni. Entahlah ya, Mak Aji kurang pasti. Baru nak cuba2 ni pokok udara ni. Harap oklah.

      Delete
  3. saya cuma kenal pokok udara yg pertama tu ja..yg mcm akar yg berserabut tu...pantang tgk..gatal ja tgn nak tarik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      He he, nakal ya, kalau ada yang rompong tu tau ajelah siapa yang kerjakannya! :)

      Delete
  4. Mak Aji jgn terperanjat keluarga kakak panggil pokok yg pertama tu janggut hantu hihi... tak tahulah kenapa dipanggil macam tu. Kalau letak kat dahan pokok pelam pun akan hidup terus subur ni MakAji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Wah, dahsyat namanya ya! Letak kat pokok mempelam biar dia jadi penunggu kat situ eh, he he!!

      Delete
  5. cukup hebat ciptaanNYA...ada jgk tumbuhan yg tk perlu tanah...tk pyh siram ke mak aji pokok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang ajaib ciptaan-Nya! Pokok yang foto pertama Mak Aji sembur air tisp hari kalau tak hujan. Yang lain tu Mak Aji layan macam kaktus, spray air sekali seminggu je. Setakat ni ok je.

      Delete
  6. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu pokok janggut tu popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Memang ya macam janggut, he he! Mak Aji beli hari tu harganya boleh tahan jugalah, RM 20 atau RM 25 satu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...