About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 6 September 2013

Bunga Matahari

As-salam.

Tempoh hari @na dari blog http://anazaujah.blogspot.com/2013/09/menuai-benih.html ada menyebut tentang bunga mataharinya yang sudah tua tetapi kesemua benih bunganya hampa. Setiap kali melihat bunga matahari di rumah Mak Aji (ditanam di dalam rumah!) teringat kisah @na. Bunga ini juga tiada benihnya, memang kalau mahu bunganya terpaksalah beli. Lihatkan Mak Aji punya:

Bunga matahari di dalam rumah!
Ini sebenarnya rupa automatic rocker yang bertujuan untuk menambahlenakan tidur cucu Mak Aji. Pak Aji yang belikan agar Mak Aji sempatlah menguruskan rumah sambil menjaga cucu! 

Bikin suspens sahaja ya! Lawak hari Jumaat!




Thursday, 5 September 2013

Petua Agar Pokok Mangga Berbuah

As-salam.

Semasa berkunjung ke rumah bapa saudara Mak Aji tempoh hari, Mak Aji berborak-borak tentang hal pokok dengannya dan Mak Aji bertanya mengapa satu pokok mangga kami walaupun sudah besar (usia sekitar 3 tahun) pokoknya enggan berbuah. Berikut katanya:

Pastikan agar batang serta ranting-ranting utamanya bebas daripada daun dan agar angin boleh lalu di celah-celahnya!

Sebenarnya Mak Aji sudah beberapa kali meminta Pak Aji pangkas ranting-rantingnya agar merendang dan tidak terlalu tinggi. Juga kerana untuk memberi laluan cahaya kepada pokok-pokok rendah di sekitarnya dan agar kalau ada rezeki mahu dia berbuah. Pak Aji pula enggan sebab katanya pokok itu akan lambat berbuah sebab pokok mangga ini besar saiz buahnya (semacam bunting gajah ya??!). 

Elok sahaja kata-kata itu keluar dari mulut pak cik tu, Mak Aji menjeling Pak Aji (dengan isyarat mata, I told you so!!) Balik sahaja ke rumah Pak Aji terus membuat pangkasan yang disarankan dan semalam Pak Aji memberi maklum pokok itu sudah keluar bunganya!! Yesss, menjadi petua ini! 

Pokok mangga besar di sudut laman. (Sila abaikan lampu yang menyala siang-siang buta tu,
sudah berbuih mulut Mak Aji call TNB, tak datang2 mereka untuk membetulkan timernya!).
Puas kami tunggu, akhirnya berbunga juga dia! Harap akan berhasil menjadi buah, insya-Allah!

Berikut pula foto hasil tuaian mangga daripada tiga pokok lain yang jauh lebih muda usianya daripada pokok mangga yang besar di foto atas!:


Mangga cokanan yang sudah dituai dan masih banyak lagi di pokok! 



Wednesday, 4 September 2013

Avocado and Strawberry Smoothie

As-salam.

Buah avokado sudah beberapa hari dibeli, belum dibuat apa-apa dan buah strawberi juga masih berlebih lagi (pemberian adik yang bertugas di Cameron Highlands). Yoghurt juga ada, jadi hasilnya, avocado and yoghurt smoothie!!

Ini rupanya:

Smoothie yang sedap dan penuh khasiat!
Bahan-bahannya:

1 biji avokado yang masak
3/4 biji strawberi sederhana besar
4 sudu besar mumbung yoghurt (kosong tanpa apa-apa perasa)
1 gelas air sejuk (dari peti ais)
sedikit sirap strawberi Hershey's (ikut rasa masing-masing)


Cara-caranya:

Masukkan isi avokado serta strawberi ke dalam pengisar. Masukkan pula yoghurt serta air sejuk. Putar hingga sebati. Tuang ke dalam gelas, tuangkan pula sirap (kalau mahu manis letak lebih). Hiaskan dengan seranting daun pudina. Bagus dihidangkan untuk sarapan pagi. Cukup untuk 2 orang minum!




Update Pokok Mahkota Dewa

As-salam.

Pokok mahkota dewa tempoh hari mula mengeluarkan buah. Pada pagi ini selain buah-buahnya yang sudah mula masak, kelihatan pula memutih bunga-bunganya. Saksikan:

Buah mahkota dewa berserta bunganya.
Buahnya yang mula masak.

Bergugus-gugus serta memutih bunganya!



Cer Teka Bunga Apa!

As-salam.

Apa kata kita main teka-teki pada pagi yang dingin dan nyaman ini! Kalau di mantan ofis Mak Aji dahulu, apabila cuaca sejuk kerana musim hujan begini, alamat bergulung dan berselimutlah masing-masingnya - musim saljilah katakan! 

Ok, kembali kita kepada tajuk entri kali ini. Cuba layan foto ini!:

Cantik bukan! Namun, apakah gerangan bunganya???
Semacam daisy pun ada, bukan!

Oklah, tidak usah suspens lama-lama sangat. Jawapannya: bunga salad cina daun tajam manis beraroma! Sesiapa yang betul jawapannya bolehlah share foto ni (yang tidak menangpun boleh juga, syyy!)






Monday, 2 September 2013

Berbunga Juga Dia Ya!

As-salam.

Pagi-pagi tadi sambil berkenderaan dari Kuang untuk balik ke rumah, Mak Aji terpandang pokok bunga ini yang Mak Aji tidak tahu yang jenis pokok ini juga mengeluarkan bunga. Saksikan:

Pada mulanya ingatkan ada benda putih yang jatuh terselit di celah-celah daunnya.
Bunga putih rupa-rupanya!
Sebatang kayu lama dimanfaatkan untuk ditanam ros Jepun di dalamnya! Jangan jadi sarang anai-anai, sudah!!


Bunga Hoya

As-salam.

Pokok bunga hoya sedang galak berbunga beberapa tangkai. Cantik pula rupanya, apalagi selepas disiram embun di pagi hari, mengingatkan kita akan Kebesaran Allah Maha Pencipta!:



:

Keindahan ciptaan Allah SWT ini moga-moga dapat menyedarkan kita akan betapa kerdilnya kita sebagai hanya sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...