Petang semalam Pak Aji serta anak dan anak buahnya menggali sebatang pokok ubi kayu di tepi pagar. "Sudah lama tidak digali," katanya. Ini hasil yang diperoleh:
|
Ini hasil daripada sebatang pokok ubi kayu. |
Ini pula ubi yang direbus setelah berbagi dengan anak buah untuk dibawanya pulang. Kami menikmati ubi rebus ini dengan kelapa parut dan dicicah dengan gula untuk sarapan:
|
Dapat seperiuk besar |
|
Enak sekali dimakan semasa panas-panas!! |
Pucuknya Mak Aji kutip untuk dicelur sebagai ulam dengan temannya, budu. Batang ubi dipotong-potong dan dicucuk ke tanah supaya bakal mendatangkan hasil lagi pada masa hadapan, insya-Allah!