About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 16 March 2013

Hiburan Pagi

As-salam.

Kalau mereka yang bekerja sibuk dan pagi-pagi lagi perlu bergegas-gegas ke pejabat, terutama mereka yang bekerja di KL, kami yang sudah berpencen lain pula halnya. Suasana pagi yang nyaman dimanfaatkan sebaik-baiknya mengikut keperluan dan kehendak kami. Yang pastinya, nyaman pagi menjadi teman sarapan di beranda sambil melayan hiburan percuma yang disediakan oleh pelbagai jenis burung di sekitar rumah kami! Kata orang burung-burung turut berzikir kepada Pencipta dengan cara mereka yang tersendiri!!

Dengarkan link berikut yang sempat dirakam pagi semalam: 


Salah satu jenis burung yang berkicau menghiburkan kami! - murai.
Sumber foto:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Murai_Kampung

Alhamdulillah atas nikmat hiburan yang diberikan - hadiah yang cukup berharga bagi kami!





2 comments:

  1. Salam Mak Aji.
    Burung-burung dan tupai-tupai tengah berebut makanan sekarang. Moga jambu yang sedang berbunga nanti mereka semua makin gembira.

    ReplyDelete
  2. Salam Diana,

    Memang musim buah agaknya, itu yang mereka berpesta makan. Kat rumah ni tupai berbau pisang lemak manis di dalam rumah, masuk ke dalam rumah terserempak dengan Pak Aji, kedua-duanya sama-sama terkejut! Sampai tupai terlanggar dinding melarikan diri! Ditambah dengan jambu bertambahlah gembira mereka ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...