About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 20 June 2013

Betik Masak Ranum

As-salam.

Pokok betik di sudut hujung hadapan rumah sudah dibuat som tham tempoh hari semasa masih mengkal. Itu merupakan betik sulung daripada pokok berkenaan - khusus untuk melayan menantu Mak Aji yang mengandung sulung, selain kami yang lain yang menumpang sekaki. Dua hari lepas Pak Aji memetik betik yang masak pula. Semalam betik cukup masak dan kami menikmati betik yang masak ranum pula. 

Kata-kata pertama yang diucapkan setelah menikmatinya - "Ini baru betik!" (seolah-olahnya betik yang dibeli bukan sebenar-benar betik, he he!) Mahu tidaknya, betik yang ditanam sendiri boleh ditunggu sehingga betul-betul matang baru dipetik sementara betik yang terjual sudah dipetik jauh lebih awal. Hasilnya betik tanam sendiri cukup manis sementara betik yang dijual agak tawar heber

Ini baru betikk!!! Manis leting!
Catatan: Untuk maklumat mereka yang kurang biasa dengan loghat Kelantan, perkataan heber dan leting merupakan kata yang menegaskan betapa tawar dan betapa manisnya betik ini! 


14 comments:

  1. As salam mak aji,
    Betik yg ni baka apa ye? Nak kata betik kampung tapi saya tengok tangkainya warna lain.

    ReplyDelete
  2. Salam Adry,

    Mak Aji kurang pastilah pulak. Pak Aji kata dia main campak je biji betik tu dekat kawasan yang dulunya kami bakar sampah. Tumbuh pula tiga pokok. Yang ini yang paling besar. Mak Aji memanglah tak tahu. Kalau betik kampung tangkainya warna apa ya?

    ReplyDelete
  3. Assalam Mak Aji...wah ... sungguh meriah warna betik tu...puas hati pastinya dpt makan betik tanam sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Memang meriah warnanya, lagi bagus memang manis. Tak pandang dah yang beli punya bila dah rasa yang tanam sendiri!

      Delete
  4. buat serawa betik sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Oh, boleh buat serawa juga ya? Yang masak ranum macam ni ya?

      Delete
  5. salam mak aji :)

    adoi, sedapnye betik... lagi sedap klu makan sejuk2 lepas masuk dlm peti ais :) mak aji, tergelak sy baca bila mak aji tulis tawar heber tu.. samelah macam ayat mak sy kalau nak komplen masakn yg tawar hehe.. baru sy tau itu loghat ore kelantan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eithusa,

      Betul tu, boh betik dalam peti ais, elok nak makan keluarkan memang ngam betul makan sejuk2. Mak Eithusa pinjam pakai loghat Mak Aji ya, he he!

      Delete
  6. salam mak aji; puas tgk benih mak aji tu...napok manis bersari!!!!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang manis sangat betik tu, puaslah makan!! Tak sempat sehari licin! Dok tunggu sebutir lagi nok masok lagi!

      Delete
  7. yg dibeli kdg2 tak lalu makan..lembik semacam ja,,masak dek peram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Memang beli punya kurang enak sebab peramlah. Apalagi kalau yg dah siap potong, nampak elok cantik aje oren. Bila dikeluarkan daripada plastik nampak pucat, tawar pulak tu.

      Delete
  8. Salam Mak Aji.
    Diana dah lama nak cuba buat som tham tapi tak terbuat walaupun main bahan sentiasa ada.
    Tak aman dengan nak focus masak ada budak sangat ligat dalam rumah.
    Rezeki anak sulong :) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      He he, boleh imagine budak2 tu ligat dalam rumah! Mak Aji baru balik dari kampung dan sempat beli yang kedai punya tapi sayang x sesedap yang bikin sendiri!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...