About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 28 August 2013

Kalaulah .....

As-salam.

Pokok yang disangka/dianggap elderberry sudah masak buahnya dan sudah pun dinikmati burung-burung yang singgah di laman. Setangkai buahnya hampir selesai dikerjakan dan cuma setangkai lagi yang masih belum disentuh. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dipetik dan dimakan. Apakan daya takut mabuk, hasrat diabaikan sahaja.

Kalaulah boleh dimakan, nescaya selesai dipetik buah ini!!
Ranting yang sudah renggeh dikerjakan burung.



19 comments:

  1. salam mak aji, ikutkan kalau burung mkn, maknanya buah tu selamat utk kita mkn kan... tapi takut jgk nak cuba hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      he he, tahu takut!! Tapi betul jugak ya, kalau burung tak kong, takkan kita yg saiz lagi besar boleh kong pulak ya, he he!!

      Delete
  2. rasa nye mcm baru makan buah yang sebijik mcm ni

    ReplyDelete
  3. setelah disiasat nampak nye x sama...sebab daun berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam me.ronazil.ab,

      Nasib baik kat luar hujan, kalau tak Mak Aji dah keluar petik dan makan tadi, he he! Rupa2nya pokok lain ya!

      Delete
  4. Salam Mak Aji,


    Sedap je nampak rupa buah tu.Species beries jugak kut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saodah,

      Kalau betullah kata rakan2 blogger buah ni elderberry, katanya beracun, itu yang tak berani makan. Yalah tu, spesies berries jugalah.

      Delete
  5. Assalammualaikum mak Aji.

    nampak sedap buah tu, orang kata kalau burung boleh makan, manusia pun boleh makan, tapi baik jangan kalau ada rasa was was hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,

      Saya pun baru nak cakap menda yang sama macam Kak Puteri cakap,
      orang tua-tua memang berpandukan burung kalau nak tahu selamat dimakan ke tak.
      Zaman dulu kan takde makmal untuk hantar test kandungan buah tu selamat
      dimakan ke tak,pastu takkan manusia lak yang test makan dulu.Sape laa
      nak jadi tukang test tu lak kan,hehe.

      Tapi tak tau la dari segi saintifik boleh digunakan tak petua ni,hehe.
      Mesti manis dan juicy buah tu,sampai burung-burung tu kerjakan macam
      makan kat open house,hampir licin!

      Delete
    2. Salam NarsHiFa,

      Betul juga ya! Kalau kat lab orang test kat tikus, kat laman kita test ngan burung dulu! Nampak gaya nak kena try juga ya! Lepas try ni, xdelah lagi open house, closed terus house!

      Delete
    3. Sebenarnya buah ni mengingatkan saya pada buah yang saya baru kenal
      masa balik raya kat Klate aritu,nenek dan abah saya perkenalkan sebagai
      buah pena/penar/penai..kata mereka zaman dulu-dulu budak-budak suka
      buat peluru pistol buluh dan main tembak-tembak.Warna dah serupo dengan
      gambar buah Mak Aji ni,tapi lepas saya check sana sini(kat blog Dedaun
      Alam,Kenali Pokok Sayangi Pokok dan Coretan by Pak Temuk) daun buah penar
      tak sama dengan daun buah berry Mak Aji ni.Kalau sama dah boleh
      makan...dapatla saya ngendeng gok,hehehe.

      Delete
    4. Mak Aji pernah dengar tentang buah utk senapang buluh tu, cuma x pernah tengok. Mak Aji dulu pakai surat khabar yang dicelup air buat peluru, bukan buah tu.

      Akhirnya pagi tadi Mak Aji beranikan diri makan barang dua biji. Hasilnya, rasanya tawar heber, x manis, x masam, cuma juicy je! Tak sedap pun. Sayang, rupanya je comey, macam manis, tapi rasa x selari dengan rupa. Juga xde kesan mabuk apapun, Mak Aji ok je!

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Salam Mak Aji,

      Nasib baik takde pa pe lepas mak Aji try makan tu!risau gak saya.sayangnya kat mulut kita rasa tawar heber,kat mulut burung lain kot rasanya,hehe.

      Buah penar rasanya kelat-kelat masam,pun tak lazat sangat jugak.Tapi lagi baik lah dari makan buah yang disembur bahan kimia kan,kata nenek dan ayah saya boleh buat ubat juga(tak tau la ubat untuk apa).Kurang-kurangnya budak-budak zaman dulu sambil main sambil petik buah-buah liar macam ni makan ngan kawan-kawan,bukan koyak plastik jajan makan bahan-bahan kimia tak ketahuan tu.

      Kalau betul berry ni buah mata ayam atau mata itek macam kata saudara kat bawah tu,ada khasiatnya tu insyaAllah =)

      Delete
    7. Salam NarsHiFa,

      He he, burung rasa manis kut! Betul tu pasal jajan, entah apakebenda colouring dan preservative etc yang mrk bubuh kat dalam tu. Cukup seram tengok mulut budak2 berubah warna bila makan benda tu! Teringat pulak masa budak2 dulu makan asam masin merah, pastu boh kat bibir buat lisptick, haisy!! Yelah masa tu tak reti apa.

      Yalah setiap apa yang Allah cipta tu ada sahaja sebab musababnya, wallahualam!

      Delete
  6. Assalam Mak Aji..tawar rasanya ya... tak setanding rupanya yg menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Betul tu, kalau tengok rupa kecur air liur tapi hakikatnya tawar je.

      Delete
  7. ni mcm pokok mata ayam....dan mcm buah mata itik yg selalu saya makan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam me.ronazil.ab,

      Jadi, ni pokok mata ayam ke itik ya?? He he! Mak Aji pernah dengan pokok mata ayam, cuma x berapa ingat macam mana rupa daunnya, serupa ke dengan yang ini?? Apa rasa buah mata itik, tawar heber macam ni ke??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...