About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 4 December 2013

Buah Anggur - Update 4

As-salam.

Mak Aji sedikit sibuk sehari dua ini kerana ada tamu yang bertandang selama beberapa hari di rumah. Memang jarang sangat berkesempatan menjenguk laman - batas yang baru disediakan belum bertanam apa-apa lagi. Tidak apalah, nanti balik dari berpergian insya-Allah akan dikerjakan. Blog kawan-kawan pun tidak sempat dijenguk. 

Dalam kesibukan itu tidaklah Mak Aji sempat menjenguk anggur. Pak Aji ada menyebut burung entah apa ke namanya ada datang dekat dengan rumah - " Burung xxx tu ada datang kat rumah kita pulak!" Mak Aji teringat anggur dan terdetik di hati - "Apakah anggurku yang diintainya?" Mak Aji perlu balut cepat-cepat agar dapat disorokkan daripada mereka. Dek sibuk, lupa terus tentang hal itu.

Pagi ini Mak Aji berpeluang menjenguk dan ini yang dirakamkam:

Tangkai ini tinggal hanya 3 biji. Sebijinya pula sudah dipatuk/suntik!
Tangkai ini belum berbekas apa-apa. Maka cepatlah Mak Aji balut!
Tangkai yang paling banyak buahnya sudah rongak dikerjakan!  Ini sahaja yang tinggal!
Tangkai ini hanya tinggal separuh daripada sebiji (kamera ni disuruh fokus lain, lain pula yang difokusnya, haisy!)
Tangkai harapan yang sudah siap berbungkus.
Bungkus lagi!
Nampak gayanya berbahagi rezekilah Mak Aji dengan burung! (nasib baik tidak berbahagi suami, haru!) Harapan agar sempatlah merasa anggur ni matang sepenuhnya sehari dua ini. Kalau tidak menjadi rezeki anak-anak sahajalah kali ini!

Mak Aji dan Pak Aji akan berpergian ke Baitulmaqdis, Palestin   insya-Allah dari 9 - 18 Disember ini. Kawan-kawan tolong doakan keselamatan kami ya! (terasa gabra juga ya, menjejak ke sana). 




10 comments:

  1. Amin, semoga selamat pergi dan pulang.

    ReplyDelete
  2. Assalam Mak Aji,

    Semoga selamat pergi dan pulang,berhati2 semasa di sana ya mak aji. Dah balut tu In Sya Allah selamat lah pokok abnggur tu nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Insya-Allah. Kata orang travel company tu tak perlu risau apa-apa sebab mereka biasa bawa orang ziarah ke sana. Insya-Allah selamatlah ya buah tu. Harap sangat nak makan dulu sebelum pergi!

      Delete
  3. Insyaallah...semoga semuanya akan selamat. Anggur tu kena tunggu lain kalilah baru boleh merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Insya-Allah, terima kasih. Mak Aji rasa nak petik je sebiji pun cukuplah nak rasa sebelum pergi, biarlah masam pun, he he!

      Delete
  4. Semoga perjalanan pergi dan balik diberkati-Nya.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maszz,

      Terima kasih Maszz, insya-Allah!

      Delete
  5. Moga selamat pergi dan kembali hendakNYA.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...