About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 7 December 2013

Yang Ceria di Musim Hujan

As-salam.

Musim hujan membawa bencana banjir ke beberapa buah negeri dan kami di sekitar KL juga menerima tempias musim hujan juga. Apa halnya dengan rakan kita Nadia Rashid di Kemaman - dengar khabar Kemaman sudah menjadi pulau?! Harap-harap Nadia tidaklah terjejas dek banjir ya! 

Apa yang pasti rumput cukup suka mesim hujan ini. Baru sangat lagi rumput dimesin, sudah panjang balik! Selain rumput ini tumbuhan/pokok lain yang meriah dalam musim hujan ini:

Bunga raya terbalik.
Bunga ixora.
Bunga kesidang mengharum laman.
Pokok mulberi cukup meriah dengan pucuk baru dan tentunya buahnya sekali.
Berbulu-bulu buahnya, meriah sekali!
Semoga banjir di negeri-negeri Pantai Timur dan Johor akan cepat reda dan penduduk yang dipindahkan boleh kembali ke rumah untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Harapan agar kerugian yang ditanggung tidak terlalu berat dan ramailah pula pihak yang membantu meringankan beban mereka. 


14 comments:

  1. Meriahnyer buah mulberi..sy tnm melalui krtan btg naik pucuk da tp mati...xder rezki.Nak cb tnm lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Alhamdulillah rezeki murah dari segi buahnya! Dok simpan stok untuk menyirapnya ni! Jom cuba lagi, insya-Allah akan menjadi nanti!

      Delete
  2. Alhamdulillah..banyaknya buah mulberi..semoga ia membesar sehingga sebesar ibu jari..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tarique,

      Berkat hujan yang turun saban hari, alhamdulillah besar2 buahnya - bakal untuk dibuat sirap nanti tu!

      Delete
  3. salam Mak Aji,
    bunga kesidang ni, tanam melalui benih ke?..musim hujan bunga2 tersenyum riang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Mak Aji beli anak pokoknya dari nurseri. Yang ditanam dulu apabila dipindahkan tempatnya, berkubur. Itu yang terpaksa beli gantinya. Bau kembangnya alhamdulillah harum sekali!

      Delete
  4. cantiknya bunga2 ni...bunga kesidang tu bau harum sangatkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Alhamdulillah bunga-bungaan mampu menghibur hati tukang kebun! Yes dear, cukup harum!

      Delete
  5. bunga kesidang kat rumah saya dah jadi arwah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Alahai kesian, jom tanam lagi!

      Delete
  6. Bestnya mulberry dah berbuah Mak Aji.....saya punya belom ada tanda2 nak berbuah lagi ni...Safe trip,Mak Aji....semoga dipermudahkan & Slmt semuanya...insyaAllah,aamiinn..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Alhamdulillah mulberi cukup meriah hujan2 ni. Saiznya pun boleh tahan. Moga Lynna punya pun nanti begitu juga! TQ Lynna, Mak Aji dah selamat pulang!

      Delete
  7. saya punya mulberry lagi best ... baru cadang nak tanam, hehehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Yah,

      He he, biar lambat asal selamat! Jom cepat2 tanam, semoga cepatlah berhasil nanti!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...