As-salam.
Cukup teruja Mak Aji sehari dua ini apabila pokok kacang renek sudah membuahkan hasilnya!! Berjaya juga Mak Aji tanam kacang, yess!!! Bukan apa, Mak Aji seronok sangat sebab pertama kali tanam kacang dengan para teguh bagaikan bank Standard Chartered, (DI SINI) akhirnya pokok kacang (biasa punya) mati begitu sahaja. Akhirnya trellis/para dileraikan semula (boleh guna semula untuk projek lain pula).
Mari kita ikuti perkembangan pokok kacang renek Mak Aji:
20 Februari - baru subur pokoknya setelah beberapa hari disemai benihnya. |
Pada 6 Ma,c setelah siap dipasang sokong yang agak ngok-ngek (flimsy) jugalah. |
Senyum Mak Aji melihat bunga sulungnya pada 19 Mac. |
Akhirnya, tadaa!!:
Tambah kapsyen |
Tidak sabar rasanya hendak kuulam! Siap kauu!