As-salam.
Pokok kacang panjang renek tempoh hari sudah semakin besar dan sekarang sekitar sekaki tingginya. Pancang sudah Mak Aji pasang (buluh yang dibuat penyepit ikan dan ayam percik - Mak Aji beli di Pasar Siti Khadijah bertahun yang lalu!). Harap-harap cukuplah sekadar ini pancangnya!:
|
Pancang yang agak 'bodoh' aje ni! |
|
Ini pula memang kacang panjang yang perlu pancang yang 'cerdik' atau pancang yang betul-betul! |
Dengan cuaca panas sekarang Mak Aji berkira-kira untuk memindahkan kacang panjang ini ke tanah - takut mati! Pun kerana pancangnya belum dipasang lagi. Tengoklah sehari dua lagi macam mana.
No comments:
Post a Comment