About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 2 May 2014

Kalaulah Siput Sedut atau Escargots!

As-salam.

Malam tadi hujan lebat alhamdulillah, jadi kerja menyiram tidak perlu dibuat pagi ini. Dalam pada seronok sebab ada lebih masa untuk membelek pokok, Mak Aji terus geram melihatkan ini:

Wah, cukup seronok lagi kau bergayut ya! Padanlah pokok ati-ati hidup segan mati tak mahu ya!
Setelah dapat tangkap seekor, maka bermulalah misi mencari saudara mara lain siput di bawah pergola! Usai selesai misi tersebut, maka terkumpullah sebanyak ini!!

Siput babi sekali tangkap dapat sebanyak ini!
Melihatkan siput ini teringat pula Mak Aji akan entri Siput-siputan DI SINI tempoh hari. Kalaulah siput sebesar ini boleh dimakan, alamat kenyang kami untuk makan tengah hari ini! Teringat juga Mak Aji akan orang Perancis yang makan escargots ni, seperti dalam foto di bawah, yang dianggap agak eksotik!

Escargots - nampak sedaplah pulak ya!



4 comments:

  1. Replies
    1. Salam Nadia,

      Apa tak sihatnya, habis pokok dikerjakan!

      Delete
  2. Siput besar ni dah jarang nampak dekat KBB mungkin sebab ada ayam-ayam yang rajin tolong meronda.
    Mungkin Mak Aji kena bela ayam kut :P .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Dulu memang ada bela ayam tapi sekarang dah takde lagi. Frust sikit sebab ayam jantan hilang entah ke mana. Masa beli tu mahal boleh tahan harganya sebab 'hensem!' (sebagai ayamlah, he he).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...