About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 5 September 2014

Penstrukturan Semula Laman Belakang

As-salam.

Jangan ingat dalam organisasi sahaja ada penstrukturan semula (senang cakap reorg. je). Laman Mak Aji bahagian belakang sebelah beranda juga sudah mula dibuat reorg.!

Setelah puas berfikir maka Mak Aji memutuskan untuk mengalihkan sebahagian besar tanaman herba ke ruang belakang rumah. Kerja-kerja menyemai daun salam, daun pegaga dan daun pudina telah selesai. Bayam Malabar merah pemberian Rose dari blog Semua Menjadi juga sudah mendapat rumah serta para baru. Harap berbahagialah mereka semua di tempat baru. 

Projek belum selesai lagi dan agaknya mahu makan sehari dua lagi barulah siap sepenuhnya, insya-Allah. Berikut yang telah dibuat setakat ini:

Baru susun bata untuk buat batas mudah. Perlu diisi tanah dan di sini akan dipindahkan oregano, selasih dan herba lain juga. 
Rumah baru bayam merah Malabar - para 'bodoh' je ciptaan Mak Aji!
Nanti Mak Aji 'cerdikkan' ya apabila perlu!
Daun selom dan pudina.
Tengah berkira-kira untuk memindahkan pokok cili, sirih serta puding dan hempedu bumi ke tanah.
Di tengah-tengah kawasan ini ada sepohon mangga dan sepohon betik - selain itu suka hatilah Mak Aji mahu buat apa!

Perasan tidak ada benda pelik pada dahan mangga itu?? Ini dia fotonya dari dekat:

Pak Aji tut mangga cara ini! Katanya menjadi, entahlah!?

Berikut pula beranda belakang tempat santai kami sekeluarga - lebih privacy berbanding di porch rumah. Kalau ada makan-makan keluarga juga apabila ada jamuan kecil di sinilah Mak Aji menjamu:


Beranda ini agak nyaman baik di waktu pagi atau petang. Bagus pekena teh di sini!
Ruang duduk untuk borak-borak.
Dari sini boleh memerhati hasil tanaman!

Setakat itu sahaja perkongsiaan. Mak Aji mahu sambung kerja di laman belakang lagi.



8 comments:

  1. salam mak aji..
    pancang mak aji telah meberi ilham kepada saya,,tak terfikir pun nak buat mcm ni,,kreatif la,,
    suka tengok mak aji menata rias rumah,,cantik dan kemas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      He he, pancang sementara ni, rasanya lepas ni kena buat ubah suai lagi tu mengikut keperluan. Ruang tamu kat rumah Mak Aji tak besar, memanjang aje jadi bila ada ramai orang perlu dibawa ke luar sini pulak! - dari luar masuk ke dalam dan keluar balik, he he! Semacam ruang tamu/keluarga tambahan.

      Delete
  2. Luas nya laman blkg depan..best betul...sesuai untuk anak cucu berhimpun kan mak aji...td noticed gak benda setongkol bertutup tu...tut rupanya...sy nk tut pokok bunga kertas byk color...tp x terbuat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kalau dok kampung ni adalah sikit kawasan yg boleh buat macam2, cuma jenuh nak maintain, apalagi dengan tugas jaga cucu ni - cucu tidur keluar kejap siram pokok, dengar dia nangis lari masuk balik! Kalau masing2 anak cucu balik rumah memang seronok, cukup meriah.
      Pokok bunga kertas Mak Aji batang masih x besar mana untuk ditut. Mak Aji pun minat juga nak buat tu.

      Delete
  3. Seronok tgk laman umh mak aji..luasssss..part blkg tu plg beat..privacy utk family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls,

      Kawasan ada cuma kalau nak tanam apa-apa nak kena dapat kelulusan big boss. Yang ni dia dah beri lampu hijau pandai2lah Mak Aji buat. Org yang tak pernah masuk sampai ke belakang ni tak tahu pun ada ruang semacam ini kat sini, semacam ruang rahsia pulak!

      Delete
  4. As salam Mak aji
    Luas tapak kebun, seronok bole tanam macam2 pokok sayur, buah dn bunga juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Pokok mangga tu dah lama kat situ cuma berbuahnya tidak. Puaslah cantas dahan, degil juga. Pokok betik pula dah mula berbuah, dok pula kat tengah2 balai - Pak Aji kata biarkan aja sebab pokok ni hayat tak panjang. Puas berbuah kita tebang aje. Benih sayur ada banyak jugalah, semai je belum lagi. Itu yang nak ditambah kat sini. Herba yang sedia ada pun dah mula dipindahkan ke sini. Harap sihat sejahteralah semuanya nanti, insya-Allah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...