About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 5 April 2013

Ulat Lagi??

As-salam.

Sambil memerhati kerja-kerja di laman petang semalam, kelihatan seekor lagi ulat yang lain daripada yang dipaparkan sebelum ini, semacam berbelang juga. Perhatikan:

Cantik pula coraknya, semacam batik!
Nasib baiklah corak cantik ini pada ulat yang kecil pada pokok dukung anak (nampak tidak benih/anak yang didukung itu??), kalau poada ular sawa, memang tidak cukup tanahlah Mak Aji cabut, he he!!

Sambil Mak Aji sibuk memfoto, Pak Aji dari jauh geleng kepala (agaknya dia berkata dalam hati - "hai makcik ni takde kerja lainlah tu!!"). Apa-apalah asal bahagia!







Titik Tumpuan di Laman

As-salam.

Sambil hadir untuk sesi fisioterapi (tentu sekali dengan teman setia, Pak Aji) di Hospital Sungai Buloh, sempat juga Mak Aji memerhati deko laman ruang kosong antara bangunan hospital - cukup menarik sekali untuk dikongsi di sini. Jom layan:

Cantik bukan?! Dikelilingnya ada kolam cetek, tiada ikan kelihatan.
Dari dekat - boleh kita contohi untuk susun atur di laman kita!



Wednesday, 3 April 2013

Ini Sudah Lebeh!

As-salam.

Beberapa hari lepas kata Pak Aji pokok kacang botor sudah mahu menakluki compressor pendingin hawa di bilik anak bujang Mak Aji. Mak Aji jenguk dan melihat ini:

Wah, bukan main dia ya, diberi betis, nakkan paha pula!



Projek Laman

As-salam.

Seperti biasa, orang pencen tiada cutinya sebab tiada masa kerjanya - everyday is a holi holiday, yay!! Apapun kalau sudah asyik cuti sahaja, ada juga ketikanya terasa ingin bermalasan - aku tengok mukamu, mu tengok muka aku, boring juga ya! Jadi untuk hilangkan perasan tersebut, kenalah buat projek, bukan projek apa ya, projek lamanlah!

Untuk pengetahuan dua jiran terdekat kami sama seperti kami, orang pencen. Jadi, bila kami ada projek dan dia ternampak lori keluar masuk menghantar barang, di tanyanya Pak Aji, "Projek apa lagi tu??". Begitu juga orang sebelah, "Kalau tak ada projek rasa nak tidur aje, jadi kenalah ada projek!"

Ini pula barang-barang projek yang akan dilaksanakan:

Tanah untuk projek bersama.
Beberapa pokok puding untuk projek Pak Aji.

Ini pula projek Mak Aji yang semacam belum kena - rasanya kena ubah suai sedikit sebab tidak puas hati rasanya!:

Projek laluan ke pergola dari arbor.
Agak sempit hiway ni tak?? Kena perluas sedikit agaknya, jangan cucu terjatuh sudah!
Kena tambahlebarkan dengan stepping stones refleksologi agaknya!

Apa macam, ada pendapat yang bernas untuk menambah baik??



Romance is in the Air!

As-salam.

Semalam petang ketika kami di laman Pak Aji sibuk menunjuk-nunjuk ke arah pokok kelapa. Mak Aji pun, dengan tertanya-tanya, pergi menjenguk. "Tangkap gambar, tangkap gambar," gesa Pak Aji. Mak Aji pun masuk untuk mengambil kamera. Ini dia hasilnya:

Saiz belalang betina sehingga lebih 2 inci panjangnya!
Nothing much more to say! Punya asyik mahsyuknya hinggakan Mak Aji masuk rapat pun buat selamba derk aje mereka ni!




Monday, 1 April 2013

Ulat Dah Naik Daun

As-salam.

Beberapa minggu lepas Mak Aji perasan akan kehadiran ulat yang sibuk menikmati hidangan daunan tanaman di laman. Geram pun ada, geli juga ada. Selain itu, rasa kagum juga ada melihat ulat yang bentuknya yang memang unik, sedikit cantik juga ada. Cantik ke macam ni??? 

Ulat bulu yang bulunya panjang. Kalau kucing agaknya kucing Parsi! Ulat Parsi??
Yang ini pula agak menyeramkan edikit.
Yang ini pula warnanya agak dramatik, hitam putih!
Agaknya pada sepokok Sambung Nyawa itu adalah sebanyak lima enam ekor semuanya!


Semangat Ros

As-salam.

Semalam untuk pertama kalinya Mak Aji beli tiga pokok ros, yang merah menyala, yang merah jambu dan yang peach. Ada yang saiznya besar dan ada yang sederhana sahaja. Pun dibeli baja khusus untuknya. Diminta juga panduan daripada tukang jual tentang cara penjagaannya, al-maklumlah 'orang baru' dalam hal-ehwal ini! Ini pokok-pokoknya semalam:

Kudup warna peach.
Kudup merah jambu yang bakal kembang.
Red, nice and juicy!!
Another take!
Ini pokoknya, tidak sebesar mana.

 Ini pula pokok yang sama pada pagi ini:

Kuntum lain pula.
Sudah kembang sedikit, cantik manis warnanya, kan!!
Ini yang dari nurseri - bila yang merah jambu lkembang nanti akan jadi macam ini, insya-Allah!

Macam tidak percaya pula Mak Aji bela pokok ros sebab takut tidak serasi - jangan sekali berbunga terus diam membisu tidak kembang-kembang lagi! Harap-harap janganlah begitu hendaknya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...