About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 2 July 2013

Kembang Si Bunga Raya

As-salam.

Bunga raya berkelopak besar sudah beberapa kali berbunga. Bunganya cukup besar walaupun pokoknya hanya setinggi sekitar sekaki setengah sahaja - semacam berat bunga pulak. Lihatlah, semacam beraya sebelum puasa pulak!:

Cantiknya si bunga rayaku!
Rendah sahaja pokoknya tetapi bunganya masya-Allah!!
Dari dekat.

Bunga raya berbunga kuning sudah berbunga juga tetapi belum sempat terakam. Bunga raya ungu pula masih belum terbeli. Tidak mengapa, one fine day akan menjadi milikku jua, insya-Allah!



Monday, 1 July 2013

Bunga Telang Sudah Mari

As-salam.

Alhamdulillah pokok bunga telang baru mengeluarkan bunga-bunga pertamanya, adalah tiga kuntum setakat ini. Kalau nak dibuat sirap tentu cair aje birunya ya? Biarlah dahulu, kita biarkan hingga lebih banyak bunga yang keluar. Ini rupanya:

Bunga telang pertama.
Walau agak teruja dengan bunga telang yang baru muncul, Mak Aji agak sedikit risau dengan rupa daun pokok bunga telang dan pokok kacang panjang - ada bintik-bintik putih pada daun dan daun juga kelihatan pucat. Pun ada daun-daun yang mula gugur. Apabila dibelek tiada pula kelihatan apa-apa serangga yang menyerang. Apalah agaknya sebab berlaku begini??



Update Cili Ungu

As-salam.

Alhamdulillah setelah menunggu sekian lama dan setelah menghadapi sedikit masalah, akhirnya berhasil juga pokok cili ungu! Buah pertama keluar pada hari yang Mak Aji balik kampung dan setelah kembali beberapa biji lagi cili muncul.

Berikut foto sebelum balik kampung:



Setelah balik dari kampung ini rupanya:

Cantik sekali warnanya, masya-Allah!!

Mak Aji ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi input dalam menyelesaikan masalah yang Mak Aji hadapi dengan pokok cili ungu ini, terutama saudara Adry dari http://adrydaud.blogspot.com/ yang banyak membantu!


Pitis Berjurai

As-salam.

Semasa kami di Siam untuk majlis hol seorang ulama besar, guru kepada guru Pak Aji tempoh hari, Mak Aji perasankan sebuah pokok (kurang pasti apa pokoknya sebab sudah hampir keseluruhannya diselimuti pokok pitis), yang diselubungi sepenuhnya oleh pokok (bukan pokok pun!!) pitis. Lihat foto ini:

Cantiklah pulak bila berjurai-jurai ni!

Pokok rambutan jiran sebelah rumah Mak Aji pun mengalami keadaan yang sama dengan pokok ini. Lama kelamaan nampak semakin tidak sihat. Tidak lama lagi alamat arwahlah tu agaknya.


Bunga Cantik Lagi

As-salam.

Dalam perjalanan balik ke KL, kami menyinggah untuk solat di salah sebuah masjid di sekitar Raub. Usai solat dan sementara menunggu anak dara Mak Aji keluar dari masjid sempat pula Mak Aji nampak pokok jenis keladi ini. Berbunga rupa-rupanya pokok ini, malahan cantik pula. Ingatkan sekadar berdaun sahaja. Perhatikan:

Entah apalah namanya ya?? Yang pasti cantik bunganya!

Cantik, kan!!





Memerhati Tanaman Orang

As-salam.

Sambil berjalan-jalan di kampung, seperti biasa ada sahaja foto yang boleh dirakam untuk dikongsi dengan teman-teman bertanam. Layanlah beberapa foto tanaman orang yang sempat dirakam:

Memang simple sahaja para yang dibuat dengan memancang dua batang kayu dan dipasang tali!
Geram menengokkan pokok pudina yang cukup subur ini!




Tambah Stok Benih

As-salam.

Semasa berkunjung ke Pasar Siti Khadijah di KB, Mak Aji sempat terjumpa sebuah gerai kecil yang menjual benih. Pelbagai benih sayuran di jual dan sempatlah juga Mak Aji membeli benih sawi, bayam merah serta petola (tene kata orang Kelantan). Ini gerainya:

A very humble gerai yang menjual benih!

Peluang berkunjung ke rumah sepupu Pak Aji juga digunakan untuk menambah stok benih serta anak pokok bunga juga! Pak Aji asyik senyum sahaja melihatkan gelagat isterinya ini!!

Ini pokok kacang renek kepunyaan sepupu Pak Aji. 
Mak Aji juga mendapat benih kacang ini! Tidaklah perlu Pak Aji siapkan para lagi untuknya, cuma perlu pancang pendek sahaja. Mak Aji juga seronok mel;ihat beberapa pokok bakawali yang ditanam di beberapa pasu besar di porch rumahnya. Lihatlah:

Bakawali jenis bunga berkelopak runcing. Beberapa kelopak sudah layu dan beberapa hari
lagi akan kembanglah lagi yang selebihnya!!
Tentu juga Mak Aji mendapat anak pokoknya! Semasa menziarah adik Pak Aji pula Mak Aji sempat mendapat keratan batang pokok tudung periuk berbunga kuning. Yang sedia ada di rumah yang berbunga merah sahaja. Oh ya, semasa menginap di rumah adik Pak Aji sempat juga Mak Aji kecek cili api putih (semasa belum masak) daripada adiknya seperti di foto bawah:

Cili api untuk makan dan juga benihnya.

Seronok betul Mak Aji menyelam sambil minum air sekali!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...