As-salam.
Alhamdulillah pokok bunga telang baru mengeluarkan bunga-bunga pertamanya, adalah tiga kuntum setakat ini. Kalau nak dibuat sirap tentu cair aje birunya ya? Biarlah dahulu, kita biarkan hingga lebih banyak bunga yang keluar. Ini rupanya:
Bunga telang pertama. |
Walau agak teruja dengan bunga telang yang baru muncul, Mak Aji agak sedikit risau dengan rupa daun pokok bunga telang dan pokok kacang panjang - ada bintik-bintik putih pada daun dan daun juga kelihatan pucat. Pun ada daun-daun yang mula gugur. Apabila dibelek tiada pula kelihatan apa-apa serangga yang menyerang. Apalah agaknya sebab berlaku begini??
mana mak aji beli bunga telang berlapis ni? susah nak jumpa mcm ni
ReplyDeleteSalam Rubiah,
DeleteMaaf kerana lambat memberi respons. Mak Aji dapatkan benih ini daripada saudara di Terengganu tempoh hari. O ya ke, Mak Aji ingatkan ada sejenis sahaja bunganya.