About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 5 July 2013

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Dalam sibuk membelai cucu, peluang semasa cucu tidur Mak Aji manfaatkan untuk lari ke laman untuk mendapatkan tuaian hari ini:

Salad cina, cili ungu, cili api kampung, mulberi, bunga telang, bendi (sudah terlewat petik dek sibuk) bunga roselle serta bunga kenanga.
Cantik pula kenangaku!
Insya-Allah salad cina akan dimakan bersama-sama salad kentang kegemaran anak dara Mak Aji. Bunga roselle akan dibikin sirap sementara bunga telang akan dijadikan pewarna nasi kerabu untuk menu tengah hari ini! Alhamdulillah atas rezeki-Mu!

Sekadar itu perkongsiaan, hendak sambung masak nasi kerabu ni!!



6 comments:

  1. assalam Mak Aji... meriah ni! bestnya kenanga ada bunga... kenanga kat rumah saya dah tak de dah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Kenanga ni memang x lekang bunganya cuma baunya kurang wangi biasa. Dah takde boleh cari anaknya lagi boleh ulang tanam!

      Delete
  2. Bunga kenanga pulak masuk dalam piring letak atas meja jadi aroma terapi.
    Pokok kenanga kakak tak lebatlah bunganya Mak Aji. Hairan kakak tak tahu kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Betul tu, Mak Aji boh dalam mangkuk plastik letak dalam cot cucu kasi wangi! Mak Aji pun jarang letak baja kat pokok ni tapi asyik berbunga je, tanah subur agaknya.

      Delete
  3. Meriah tuaian.
    Cantik bunga kenanga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Alhamdulillah, seronok tuannya bila dapat banyak hasil tuaian!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...