As-salam.
Seperti yang disebut dalam entri lalu, bunga telang yang hanya sekadar 10 kelopak dimanfaatkan untuk mewarna nasi kerabu biru untuk hidangan tengah hari ini. Nasi kerabu ditemankan dengan solok lada yang cili solok dibawa dari kampung tempoh hari (benihnya disimpan untuk ditanam nanti insya-Allah).
Nasi kerabu biru yang kurang birunya dek kurang bunga telang. |
Mak Aji memasak nasi 5 pot dengan 10 kelopak bunga telang. Terbukti tidak cukup biru warna nasinya. Lain kali perlulah dituai sekitar 20 atau lebih kelopak agar cukup biru. Insya-Allah boleh dicuba lagi lain kali!
Alhamdulillah bunga telang sudah dimanfaatkan. Misi seterusnya sirap biru pula. Insya-Allah pada lain kali pula.
salam Mak Aji,
ReplyDeletesedap nya, taugeh tu buat sendiri juga ke?
Salam Puteri,
DeleteAlhamdulillah cukuplah untuk menjamu selera kami sekeluarga! Sayangnya taugeh masih kedai mari. Rasanya dah beberapa minggu kacang hijau dibeli untuk tujuan ditaugehkan, asyik tertunda memanjang je, he he!
Assalamualaikum,
ReplyDeletesedapnya mak aji buat nasi kerabu. Masa masak nasi tu mak aji masukkan terus bunga2 telang tu dlm periuk atau mak aji dptkan dulu pati bunga mcm blender dulu ka.....atau mak aji buat mcm mana?
Thank mak aji...terliur pulak tgk nasi kerabu delices tu. Hehe
aalaikumussalam Ibu Qis,
DeleteOleh sebab bunga telang x banyak, maka Mak Aji blender supaya keluar semua patinya. Mak Aji cuba buat nasi kerabu gaya Siam yang tanpa tumis (kuah santan). Alhamdulillah bolehlah, nak berniaga x confident lagi nasi kerabu versi ni, he he!
Assalam Mak Aji..nanti up resipi versi mak aji... bwg putih tu buat juga ke..telan air liur tgk..
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mar,
DeleteInsya-Allah bila lapang2 sikit ya Mak Aji upload resepinya. Bawang putih buat dengan telunjuk je Mar, main tunjuk2 je kat pasar, di KB banyak, asal-usulnya dari Siam. Dah agak sebati dengan org Kelantan, main beli je x pernah buat. Memang ngam dengan nasi kerabu!
baru kelmarin buat kat rumah mertua,sempena kenduri nak sambut posa...licin hehe...org kedah pun suka makan..tp tak tau nak buat.
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteItu yang best tu, bila 'berjual' nasi kerabu sampai licin, he he! Takpalah org Kelantan yg kat Kedah boleh tolong sediakan, kemudian bolehlah ajarkan mereka pulak. Bukan ke org Kedah ada nasi ulam, macam sama ngan nasi kerabu, kan??
Salam Mak Aji,
ReplyDeletePokok bunga telang saya pun dah mula berbunga.baru belajar berbunga.jgnkan nak buat nasi kerabu nk buat air pn x cukup lg,hehe.rindunya nasi kerabu homemade.klu ada hirisan daging lembu kg segar bkr dan telur masin,pasti tambah syok :D
Salam NarsHIFA,
DeleteBagus tu, dah berbunga jugak. Tak lama lagi banyaklah tu, boleh cuba try buat nasi kerabu atau sirap. Kecur air liur dengan daging lembu kampung segar yg dibakar! Time raya haji boleh makan gitu sampai lebam, he he!! Betul tu, juga ngan nasi kerabu ngan telur asin (Pak Aji pernah buat sendiri, kalau yg baru bikin x masin, sedap!).
Salam Mak Aji,
ReplyDeleteWah sedapnya nak berbuka puasa kalau dapat nasi kerabu ni.
Kalau tak cukup bunga boleh ambil kat kebun kami ni dah tak terpakai semenjak ada roselle pula.
Salam Diana,
DeleteSejak puasa ni belum bikin lagi nasi kerabu, kena tunggu stok bunga telang cukup dulu! Wah, dah berlebih pulak di kebun Diana ya! Roselle Mak Aji dah bikin sirap dah seround tempoh hari walaupun tuaian cuma sekitar 10 kelopak, alhamdulillah!
Assalamualaikum Mak Aji,
ReplyDeleteSedap nampak nasi kerabu tu. Bunga telang saya baru belajar berbunga belum cukup untuk dibuat nasi kerabu, tapi sebenarnya menggunakan bunga lebih berkhasiat daripada kita gunakan pewarna.
Salam Saodah,
Deletemaaf lambat menjawab, lama x masuk sibuk sikit. Betul tu, memang warna daripada bunga ni jauh lebih baik daripada pewarna tiruan!
salam makji,
ReplyDeletesedapnya nasi kerabu ngan solok lada tuh.. buat berbuka pun mmg terangkat tuh..
Salam Ummuaidan,
DeleteNasi kerabu ni edisi sebelum poso lagi. Takat ni poso belumlah lagi buat nasi kerabu ni. Hai, terliurlah pulak ya!