About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 1 July 2013

Bunga Telang Sudah Mari

As-salam.

Alhamdulillah pokok bunga telang baru mengeluarkan bunga-bunga pertamanya, adalah tiga kuntum setakat ini. Kalau nak dibuat sirap tentu cair aje birunya ya? Biarlah dahulu, kita biarkan hingga lebih banyak bunga yang keluar. Ini rupanya:

Bunga telang pertama.
Walau agak teruja dengan bunga telang yang baru muncul, Mak Aji agak sedikit risau dengan rupa daun pokok bunga telang dan pokok kacang panjang - ada bintik-bintik putih pada daun dan daun juga kelihatan pucat. Pun ada daun-daun yang mula gugur. Apabila dibelek tiada pula kelihatan apa-apa serangga yang menyerang. Apalah agaknya sebab berlaku begini??



2 comments:

  1. mana mak aji beli bunga telang berlapis ni? susah nak jumpa mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rubiah,

      Maaf kerana lambat memberi respons. Mak Aji dapatkan benih ini daripada saudara di Terengganu tempoh hari. O ya ke, Mak Aji ingatkan ada sejenis sahaja bunganya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...