About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 10 July 2014

Pokok Pun Puasa!

As-salam.

Hasil tuaian mulberi yang lepas, iaitu sebelum puasa cukup membenggakan. Walau bagaimanapun, tuaian berikutnya yang seiring dengan bulan puasa agak sedikit mengecewakan - pokok mulberiku puasa juga agaknya! Buahnya agak kecil, kurus keding sahaja. Jumlahnya juga agak sedikit untuk sekali tuaian:

Hasil yang agak sedikit, saiznya juga kecil-kecil. 

Melihatkan hasil yang begini jenuhlah menunggu cukup stok untuk dibuat jus - alamat tiadalah rezeki untuk dinikmati pada bulan puasa ini! Semoga selepas puasa nanti cuaca pun akan semakin mesra pokok dan insya-Allah buah akan bertambah banyak dan bertambah besar saiznya!





Awas Sang Harimau!

As-salam.

Pagi tadi Mak Aji keluar atas banyak urusan, yang antara lainnya menambah stok tanah serta membeli baja yang kehabisan, selain membeli barang dapur untuk keperluan rumah - biasanya Pak Aji yang membuatnya - dalam ketiadaannya terpaksa Mak Aji mengambil alih.

Seperti biasa sambil melintasi deretan nurseri di kawasan Hospital Sungai Buloh, Mak Aji menjamu mata dengan pelbagai pokok hiasan beraneka jenis dan warna (this is heaven!!). Tiba-tiba kelihatan serumpun pokok tiger orchid sedang galak berbunga!! Masya-Allah sungguh cantik sekali! Apapun Mak Aji melintas dahulu sambil menjeling kepadanya - akan kusinggah untuk sesi foto nanti! Baja dan tanah dahulu yang perlu dibeli. Selesai membeli apa yang patut, Mak Aji perasan serumpun lagi pokok tiger orchid juga, pun sedang berbunga lebat!! Sang harimau mengaum di nurseri Sungai Buloh pada hari ini ya! Kalah segala tumbuhan lain dek ngaumannya! Mari kita saksikan keindahannya!:


Sesuai sangatlah namamu! Memang macam rimau!
Sudahlah cantik, besar pula tu, hampir tiga suku saiz telapak tangan Mak Aji!
Ini rumpun pertama yang Mak Aji lihat - di tengah-tengah panas warna bunganya sedikit pucat berbanding rumpun kedua yang di tempat redup!
Bertangkai-tangkai bunganya yang bersaiz besar!!
Cer teka, cer teka berapa harga anak pokoknya!!! - RM120 sepokok ma!! 
Ini bunga daripada rumpun kedua.
Bunganya tak sebanyak rumpun pertama.

Mak Aji minta izin untuk memfoto rumpun yang kedua tetapi rumpun pertama Mak Aji main snap aje! Mak Aji cuba memohon nasihat pemilik nurseri rumpun kedua yang menjual anak pokoknya ini. Nasihatnya - "kalau mahu pokok ini berbunga, letak sahaja di tengah-tengah panas, jangan pedulikan dia, buat derk sahaja, biar dia tak sihat, maka berbungalah dia. Jangan biarkan daunnya melebat, biar dia sakit sikit!!"

Begitukah halnya?? Maka itulah yang akan Mak Aji buat dengan rumpun pokok Mak Aji - mungkin juga kena bongkar balik pokok itu dan letak sahaja di tengah panas-panas buta - tempat sekarang agak redup sedikit - mendapat separa cahaya matahari. Hari ini Mak Aji dapat nasihat yang cukup berharga - untuk mereka yang ada pokok ini yang enggan berbunga, mari kita amalkan!!

Oh ya, berikut pokok tiger orchid Mak Aji yang belum mengaum-ngaum lagi setakat ini. Harap dengan bantuan petua serta galakan daripada baja yang baru dibeli ini, mahulah dia mengaum di laman Mak Aji pula ya, insya-Allah!!:

Mak Aji nak mula buat derk kat pokok ni! (kecuali boh bajalah, siram takdelah).
Bantu Mak Aji ya baja!




Saturday, 5 July 2014

Sepeninggalanku

As-salam.

Pada 23 Jun 2014 Mak Aji serta Pak Aji dan 3 anak kami (yang masih bujang) berlepas ke Jeddah untuk mengerjakan umrah. Mak Aji serta dua anak kembali pada awal pagi semalam manakala Pak Aji ke Yaman untuk menghantar Asyraf, anak kami yang bongsu untuk meneruskan pengajian di sana.

Seperti juga tukang kebun lain yang meninggalkan rumah selama beberapa hari, Mak Aji juga agak risau kalau-kalau ada pkok yang terkorban dalam cuaca yang agak panas sekarang. Apapun sebagai langkah berjaga-jaga Mak Aji meminta bantuan Hamzah dan isterinya supaya datang ke rumah untuk memberi 'minum' pokok dua kali sehari. Walaupun begitu Mak Aji perasan yang pokok kacang botor kering garing - sudah matilah agaknya - mati kehausan agaknya! Yang lain-lain alhamdulillah selamat sejahtera. Pendek cerita mari kita lihat situyasi dan kondisi mereka sepanjang peninggalan Mak Aji:

Bunga raya kuning menyambutku pulang!
Sudah bergugus bunga kemboja kuningku!
Bunga raya merah jambu juga kembang berseri.
Bunga raya merah jambu bersaiz mini juga menyeri laman!
Akar dani yang tidak putus-putus bunganya.
Kutinggalkan putik, sekarang ada yang sudah hampir masak!
Keratan batang bunga raya (yang dibawa balik dari Pahang tempoh hari) sudah bertunas, alhamdulillah!
Terung bulat buah sulung!
Buah mahkota dewa merah di pokok dan juga bertabur di pangkal pokok.
Pegaga yang disemai sebelum pergi, sudah elok suburnya.
Daun kesum semakin ditinggalkan semakin subur - bagai menawarkan diri untuk dinasikerabukan!
Dan, (lastly but not least), segugus anggur yang dinanti-nanti masaknya, ini yang kudapati:

Sebahagian buah sudah busuk di tangkai! Hanya sebiji dua rezeki tuannya!

Alhamdulillah semuanya selamat kecuali kacang botor dan buah anggur. Anggur bakal dirasa semasa berbuka nanti walau hanya sebiji dua! Sekadar itu sahajalah rezeki Mak Aji.





Friday, 20 June 2014

Cabaran Memanjat

As-salam.

Pokok alamanda pemberian ibu taukeh salon tempoh hari sudah ditanam ke tanah, di sisi tiang lampu Pak Aji - tentunya setelah mendapat kelulusan Pak Aji - kalau tidak bising pula dia!  Kalau biasanya kita siapkan para/pergola untuk alamanda memanjat, kali ini Mak Aji mahukan dia memanjat tiang pula! Apa macam? Ada boleh?? (meminjam kata-kata pensyarah Akaun ketika belajar di tahun 1 dulu) Mari kita lihat perkembangannya setakat ini:


Di sisi tiang tempat kamu.
Nampak tu, dah pandai membelit tiang sudah dia!
Ini bunganya yang kembang tempoh hari (kuning lagi, he he!!) 
Tiang lampu Pak Aji di laman setelah baru siap didirikan - guna tiang
elektrik lama!
Sama-samalah kita saksikan nanti sama ada mampu tidak alamanda menuju puncak tiang ini!?? Besar cabaran itu, mampukah dia?? Tunggu!!



Thursday, 19 June 2014

RV yang Bukan Kek

As-salam.

Kalau RV biasanya merujuk kek Red Velvet, kali ini Mak Aji mahu tunjukkan RV yang bukan kek! Mahu lihat?? Ini dia, he he!:

Bunga kaktus merah baldu. Jelas tekstur baldunya disinari mentari pagi!



Ini pokoknya di pasu.
RV ini bukan untuk santapan tekak tetapi santapan mata semata-mata! 'Kenyang' tidak melihatnya??


Rezeki yang Berterusan

As-salam.

Selepas tuaian mulberi yang mencecah lebih setengah kg seminggu yang lalu, alhamdulillah sudah muncul lagi tunas serta buah mulberi yang baru selepas pangkasan dibuat sementara buah sedia ada sedang menunggu ranumnya. Pangkasan dibuat ketika itu agar lompang masa di antara tuaian agak singkat dan mulberi boleh dinikmati secara agak berterusan.



Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Seperti yang Mak Aji jangka, sambutan terhadap sirap mulberi cukup bagus sehinggakan separuh jag sirap selesai dihabiskan dalam tempoh 2,3 hari sahaja! Menunggu kutipan lebih setengah kg mulberi pun sudah semingu lebih! Kalau sudah ramai ahli keluarga begitulah keadaannya! Cukup meriah suasana di rumah Mak Aji, alhamdulillah!!



'Mambang' Kuning

As-salam.

Sehari dua ini Mak Aji cukup gembira kerana satu-satunya orkid yang masih hidup di laman mengeluarkan bunga selepas sekian lama - merajuk agaknya sebab sudah agak lama diabaikan begitu lama! Lihatkan orkid Mak Aji:

Orkid, mambang kuning yang pertamaku!
Berikut 'mambang-mambang' kuning yang seterusnya:

Bunga trumpet besar yang cukup galak berbunga.
Bunga kemboja kuning juga 'mambang' kuningku!
Cukup indah sekali ciptaan-Nya!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...