As-salam.
Kita biasa tanam tanaman di tanah atau di dalam pasu. Walaupun begitu ada juga yang tanam tanaman di dalam bakul - seperti bawang besar yang tumbuh sendiri di bakul bawang, he he! (kerja siapa lagi kalau kerja Mak Ajilah tu). Mari kita lihat apa yang boleh ditanam dalam kabinet dapur pula!:
 |
| Tadaaa!! Cendawanlah! |
 |
| Mak Aji bedung bongkah cendawan dalam tuala lama. |
Sekitar seminggu sebelum raya menantu Mak Aji membawa balik benih/bongkah cendawan yang dibeli daripada kawan FB Mak Aji yang kebetulan bekerja di ofis yang sama dengannya. Mak Aji balut 3 bongkah cendawan itu dalam tuala lama dan Mak Aji pastikan yang tuala sentiasa basah (semasa balik kampung raya kering kontanglah dia!) Selepas balik raya Mak Aji jenguk dan tiada apa-apa yang keluar - agak kecewa sedikit dan menantu Mak Aji menawarkan untuk mendapatkan yang lain untuk Mak Aji). Walau bagaimanapun semalam semasa Mak Aji menenguknya lagi, alangkah gembiranya sebab ini yang kelihatan!
Menjadi juga cendawanku! Cendawan sudah mula keluar daripada bongkah pertama dan 2 bongkah lagi masih belum ada apa-apa tanda lagi. Harap-harap yang 2 lagi akan mengikut jejak langkah yang pertama juga, insya-Allah!
Mak Aji mahu buat iklan sedikit ya! Mak Aji dapatkan bongkah daripada
Sarah Mohamed Noor yang anda boleh cari di FB! Jom kita tanam cendawan!!