Dua hari lepas kambing jiran datang lagi. Kambing itu kambing jantan yang luar biasa besarnya, agak-agak bukan spesis tempatan. Tumpuannya, pokok pisang kaki yang kutanam beberapa bulan lepas. Tempoh hari habis daun dimakannya. Nak tumpah air mata dibuatnya. Mengikut kata jiran kami, "Dah ramai yang mengadu hal kambing tu. Bila beritahu tuannya, tuannya jawab - dah kambing memang macam tu, nak buat macam mana?" Bagus punya jawapan tuan kambing! Kalau dah tahu kambing berjalan merata-rata merosakkan tanaman orang, ikat ajalah!
Akhirnya kami mengambil langkah membuat pagar jarang keliling pokok tersebut. Dua hari lepas kambing yang sama datang, dihulurnya muncungnya, sempat cecah daun yang baru tumbuh, dimakannya. Kuminta suami pagar sekali lagi agar lebih rapat. Harapan agar selamatlah pokok itu selepas ini. Sekarang pagar rumah pun perlu sentiasa bertutup. Kambing sama juga gigit buah mangga di pokok. Nasib baik pokok lain tak menarik minatnya.
Kalaulah tuan punya kambing tahu akan hak jiran mengikut Islam, nescaya takkan dibiarkan kambingnya berkeliaran. Kami hanya mampu berdoa agar dia berubah!
No comments:
Post a Comment