About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 17 August 2011

Khasiat Kunyit

Kunyit herba yang kita gunakan hampir setiap hari. Sebaik-baik kunyit ialah yang segar dan bukannya jenis serbuk yang sudah dicampur dengan bahan lain. Sebenarnya kunyit serbuk mungkin telah dicampur pewarna kuning bernama Tertazine yang boleh menyebabkan alahan! Kita ni kadang-kadang malas nak gunakan yang segar dan guna yang serbuk dengan alasan nak cepat, nak mudah.
Berikut maklumat tentang kunyit yang diperoleh daripada Dr. mercola.com:
"Kunyit merupakan raja segala herba antioksidan yang lima hingga lapan kali lebih berkesan berbanding vitamin E, malah lebih berkesan daripada vitamin C. Kunyit membantu menyokong sistem imun kita, mengekalkan tahap kolesterol yang sedia ada dalam julat yang normal, dan membantu melambatkan proses penuaan!
Herba ini juga termogenik, yakni mampu meningkatkan kadar metabolisma dan menggalakkan pembakaran kalori. Kunyit amat rendah kalori tetapi padat dengan nutrisi.
Bahan aktif dalam kunyit, iaitu kurkuminoid menghasilkan antioksidan yang cukup kuat untuk menentang bahan radikal hidroksil - bahan radikal bebas yang paling reaktif. Kurkuminoid juga menyokong fungsi darah dan hati, menjamin sendi yang sihat, kulit yang lembut dan lentur, juga membantu menjaga kesihatan secara keseluruhannya.
Kunyit juga merupakan penggalak sel tiga serangkai dan merupakan adaptogen yang membantu melindungi anda daripada stres."

Kunyit juga dipercayai boleh membantu proses penghadaman dan boleh mengeluarkan angin jahat dalam badan. Kunyit  yang dicampur dengan minyak boleh juga menghaluskan kulit, boleh dijadikan tonik bila dicampur dengan manisan dan minyak bijan, boleh membantu masalah apabila datang bulan, meningkatkan pengeluaran darah merah (elok jika mengalami anemia), jika dicampur air boleh merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut, sendi dan ruam!  




                                                            Bunga kunyit
Sebagai tambahan, pernahkah anda makan bunga kunyit? Bunga kunyit jarang ditemui tetapi untuk pengetahuan semua, bunga kunyit cukup sedap dibuat ulam. Cubalah, selain kunyit itu sendiri. Kunyit muda juga sedap dijadikan ulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...