Mak Aji terbaca suatu rencana yang memberikan beberapa petua semasa kita membeli pokok di nurseri. Mari kita lihat:
1. Bertanyalah kepada pekerja di nurseri: Pekerja ini boleh memberikan maklumat berharga tentang pokok yang mereka jual. Merekalah yang menanampokok, jadi mereka tahu sama ada pokok sesuai atau tidak di kawasan rumah anda (terutama kalau membeli pokok di Cameron Highlands!) dan mereka boleh memberikan petua untuk penjagaan pokok itu. Kalau anda sudah biasa membeli dariopada mereka kemungkinana besar harganya akan lebih murah daripada di tempat lain!
2. Buatlah sedikit penyelidikan: Sebelum anda ke nurseri, pastikan bahawa pokok yang akan dibeli akan mampu hidup dengan baik dan anda sudah ada tempat yang sesuai untuknya. Pergilah ke nurseri dengan membawa senarai pokok yang sesuai dengan keperluan anda. Ramai yang membuang duit kerana membeli pokok yang tidak sesuai dengan cuaca di kawasan rumah mereka, juga kerana tidak ditanam di tempat yang sesuai dengan keperluan pokok (perlukan cahaya matahari yang banyak atau perlukan teduhan).
3. Perhatikan daun pokok: Pilihlah pokok yang daunnya kelihatan segar dan sihat. Daun yang layu atau daun yang pucat membayangkan bahawa pokok itu tidak sihat. Elakkan daripada membeli pokok yang daunnya bergulung, hitam atau berwarba coklat. Periksa pokok agar tiada yang terkena serangan serangga yang membawa penyakit.
4. Pastikan akarnya kuat: Walaupun anda tidak dapat melihat akarnya, itulah bahagian pokok yang paling penting. Akarnya perlu pejal dan putih. Jangan bawa balik pokok yang akarnya hilang warna asal dan agak lembik. Jika akarnya berkeliling di dalam pasunya akar tu mengalami stres.
5. Baca tag pada pokok: Pastikan bahawa anda tidak terbeli pokok yang salah kerana tidak memerhatikan tag pada pokok itu (untuk pokok yang ada tag).
6. Perhatikan saiz pokok: Lebih besar pokok, maka lebih mahallah harganya. Jika anda tidak sabar menunggu, belilah pokok yang besar dan jika anda jenis yang sabar dan sanggup menunggu, belilah yang lebih kecil yang lebih murah.
7. Perhatikan collector variety: Pokok jenis ini agak mahal kerana ia merupakan jenis collector variety. Collector biasanya banyak menghasilkan kultivar termasuklah baka yang nadir. Jadi lebih unik baka itu, lebih mahallah harganya. Untuk ini sebenarnya anda membayar harga yang mahal kerana baka itu sukar diperoleh, bukannya kerana pokok itu sebagai pokok lanskap!
8. Pilih pokok yang tidak berbunga: Lebih baik anda membeli pokok yang belum berbunga. Ini kerana pokok berbunga perlukan tenaga untuk berbunga. Pokok yang belum berbunga boleh menumpukan tenaganya untuk menempatkan diri dengan stabil dahulu di taman anda. Jadi, pokok yang batangnya gemuk dan pendek adalah lebih baik daripada yang tinggi dan kurus.
9. Pilih pokok yang berada di tengah: Pekerja nurseri mungkin terkejar-kejar masa dan menyiram secara yang tidak konsisten. Jadi, pilihlah pokok yang diletakkan di tengah-tengah. Pokok yang di hujung yang sering tidak tersiram.
10. Bungkus pokok baik-baik: Pastikan pokok yang dibeli berkeadaan baik semasa dibawa pulang. Pastikan tingkap kereta di buka jika anda perlu menyinggah di mana-mana dalam perjalanan pulang.
Catatan: Semoga maklumat ini membawa m,anfaat kepada semua apabila ingin membeli pokok di nurseri!
Sumber maklumat dan foto:
http://www.bhg.com/gardening/yard/smart-shopping-tips/#page=1