About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 18 February 2013

Pegaga Ini Boleh Dimakan ke??

As-salam.

Pegaga air dalam pasu cetek yang juga menempatkan mexican orchid dan menjadi tempat ikan gapi berumah cukup subur dan sudah hampir padat pasu dibuatnya. Takut sahaja gapi lemas kerananya! Ada anak buah yang datang ke rumah petang semalam bertanya - 'Kenapa tak makan?" Mak Aji tanya balik, "Boleh makan ke?"

Boleh dimakan ke pegaga air ni??

Kalau boleh dimakan, sekejap sahaja luak pegaga ini dari pasu! Betul ke??


11 comments:

  1. Salam Mak Aji..boleh makan .. saya biasa makan pegaga ni.. cafe kat sini dah tak de jual yg biasa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Alhamdulillah kalau boleh makan! Mak Aji pernah tanam pegaga yang biasa tu tetapi x menjadi. Yang ini saja yang menjadi. Terima kasih Mar! Siap kau pegaga!

      Delete
  2. Salam makji...haaa kenapa tak makan? nampak segar bugar elok jer tuh..makan jerlah cicoh budu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      he he he, tak makan sebab takut mabuk! Sebenarnya bila dah Mar kata boleh makan, lunch semalam dah ambik dah, so dah rompong sikit pasu tu! Cicah budulah! Sedap rupanya alhamdulillah!

      Delete
  3. saya pun ingat tak boleh makan....sbb biasa makan pegaga bergigi tu je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Mak Ajipun sama, takut mabuk je dan sebab tak tahu! Sekarang alhamdulillah dah educated pasal ni!! Bagus ada kawan2 yg tahu bagi tau yg x tau ni!

      Delete
  4. yang ni adik saya selalu buat jus sebab dia lagi banyak air.. Bagus untuk awet muda dan kecerdasan otak.. Kata dia lah.. hehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Oh ya ke. Tp memang bila dah makan ni memang dia banyak air (padanlah org panggil pegaga air!). Yang awet muda dan cerdas otak tu yang mahal tu (insya-Allah betullah tu!) - jangan sampai tukar nama dari Mak Aji ke Kak Aji sudah, he he!!

      Delete
  5. salam... pegaga air ni sama jer mcm species yg lg satu tu.. lynn selalu letak air masak, blender, tapis dan letak sikit madu.. minum pagi2.. wallah, awet muda..x habis blh simpan dlm fridge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynhelite,

      Terima kasih atas petua ni, insya-Allah akan diamalkan, satunya utk awet muda (siapa x nak muda terutama yg tua ya!) dan juga utk pastikan gapi x lemas! Thanks again.

      Delete
  6. Baru tahu boleh makan..belakang rumah tumbuh banyak sangat..siap meracun bagi mati jer...lps ni tak racun lg..nak buat sayur..haha tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...