About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 26 July 2013

Anggur Sudah Menjadi Kismis

As-salam.

Pagi semalam semasa berkemas di laman, secara khususnya di bawah pergola, Mak Aji perasan akan beberapa biji buah bertaburan di bawah pergola - hitam dan sudah semakin kecut dan kering, kelihatan seperti kismis! Mak Aji terus mendongak ke pokok anggur di atas pergola - oh tidak (macam dialog kartun pulak, he he!), anggurku berbuah dan gugur tanpa kusedari!!?? 

Sebenarnya pokok anggur ini sudah bertahun ditanam, dialihkan tempatnya beberapa kali dan sekarang secara kekal berada di atas pergola. Kebiasaannya kalau pokok anggur, tempat menjalarnya kayu atau wayar sahaja. Mak Aji pula pakai netting hitam (sebabnya untuk menyejukkan bilik tidur di belakang pergola daripada panas petang yang terik), jadi itu yang bila anggur berbuah tidak nampak pun!!

Mak Aji bercadang untuk memanjat tangga bagi mengintai atas pergola tetapi anak dara Mak Aji tidak membenarkan, takut Mak Aji jatuh macam tempoh hari (nanti susah semua orang). Tak mengapa, nanti diminta anak bujang yang panjat nanti. Mana tahu, masih ada sisa yang tinggal!!

Daun-daunnya subur menjalar.
Apakah gerangan ini yang bertaburan????
Anggur sulungku rupa-rupanya! 
Alahai, inilah yang dikatakan tiada rezeki! Dek kerana merajuk dengan pokok ini Mak Aji biarkan sahaja dia - agaknya berbuah untuk memujuk Mak Aji - agaknya lah! Oklah, dah hilang rajukku, berbuahlah lagi ya!!



10 comments:

  1. assalam Mak Aji.. mula-mula tergelak juga baca tajuk anggur dah jadi kismis tu... hmm kalau saya pun mesti terkilan buah sulung terlepas pandang .. tak pe Mak Aji.. bulan Ramadhan ni tanaman kita pun macam mengajar kita erti kesabaran dan redha.. mungkin lepas akan ada buah yang cantik dan manis untuk tuannnya... boleh ke semai biji dari kismis tu!banyak juga buahnya ya.. mungkin segugus tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      He he, bila tengok je buah bertaburan, dah timbul idea apa nama entri ni! Teringat nasi dah jadi bubur! Betul tu, kena redha ajalah kalau dah bukan rezeki kita. Ya juga ya, semai benihnya, x terlintas pula nak buat gitu, terima kasih Mar! Itulah dia gugus anggur yang terlepas!

      Delete
  2. Salam Mak Aji,

    Saya lak ingatkan tajuk entri ni nama pemanis mulut Mak Aji buat untuk iftar semalam.Terfikir,waahh mak Aji ada tanam anggur sendiri dan baru
    tuai,sgt excited nak tahu camne Mak Aji proses anggur jadi kismis!.
    Rupa-rupanya...hihihi.Sayang jugak tengok anggur tu dah separuh mereput
    kat lantai tu ye Mak Aji.Insya Allah akan ada rezeki lagi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      He he, saja je Mak Aji buat suspens dengan tajuk entri ni! Itulah dia, memanglah terkilan, punyalah tunggu berbuah, akhirnya berbuah x perasanlah pulak! Insya-Allah lain kali ajalah!

      Delete
  3. Salam Mak Aji...

    Tanam anggur kat Malaysia ni perlu penjagaan rapi agaknya dengan cuaca yg agak panas tapi sekali dah berbuah tu suka sangat hati. Insyaallah lepas ni berbuah lagi kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal JunAina,

      Kata rakan blogger kita elok aja anggur ditanam di sebuah ladang anggur ladang di Perlis (berapa banyak 'di' lah!). Mak Aji pun pernah lihat laman webnya. Geram tengokkannya! Insya-Allah harap jangan pulak pokok ni pula yang merajuk.

      Delete
  4. Salam Mak Aji,

    Lama tak dengar cerita, tup tup pokok anggur berbuah, ni mesti belum sempat cantas macam sy cerita tu, dia dah dengar kot, tu yg cepat2 dia berbuah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Itulah dia, baru dok berkira-kira nak cantas seperti yang Rose sarankan, alih-alih dah bertabur buahnya x keperasanan! Esok nanti kena sebut nak cantas, tengok apa reaksi dia pulak, he he!!

      Delete
  5. salam makji,
    alaa sayangnya ..mesti ade buah yg belum kering dok tersorok kat mana2 tuh..nak tgk jugak camaner pun..nanti srh anak bujang panjat cepat2 yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Petang ni x sempat kerah anak bujang panjat tengok, insya-Allah esok akan diusahakan untuk mengintainya! Manalah tahu, kan!! :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...