About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 2 July 2013

Kemboja Merendang di Laman

As-salam.

Pokok kemboja yang ditanam sebaik sahaja kami pindah ke rumah ini sekitar dua tahun lalu sudah merendang dengan sentiasa menghasilkan bunga berwarna fuchsia. Cukup meriah sekali apabila bunganya kembang. Serumpun dengannya pula pokok ulam juga mengeluarkan gugus-gugus bunga yang kecil berwarna putih, juga alhamdulillah mampu menyeri laman. Seronok tuannya!

Cantik bunganya, cuma daunnya sahaja yang perlu sentiasa dibersihkan - selalu gugur daunnya.
Semakin banyak gugus bunga yang keluar.
Kemboja Jepun pula tidak putus-putus berbunga, juga dengan warna yang sama. 

Cukup meriah warnanya.




6 comments:

  1. Aduhai mata kakak memang tak boleh memandang pokok macam ini. Cantiknya betul-betul menggoda - sukalah kakak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alhamdulillah, berpeluang dok kat kampung memang gitulah, ada kawasan sikit yang boleh dimanfaatkan!

      Delete
  2. Salam mak aji,
    cantik nya bunga kemboja tu. ada benih tak, nak mintak sikit. hehe. kat sini susah nak jumpa kemboja merah tu. selalu nmpak yg putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dya Hanif,

      Dya tinggal kat mana ya? Kalau dekat2 sini (Sungai Buloh) boleh datang ambik je keratan batangnya.

      Delete
    2. Salam mak aji,
      hehehe..kalau nak ambik keratan nya trpaksalah merentas laut. Dya tinggal nun kat Brunei.tak apa lah.. apa kbar hydrangea mak aji? kalau ada masa update lh ceritanya :)

      Delete
    3. Salam Dya,

      Oh Brunei ya, memanglah kena naik belon! Mak Aji pernah berkunjung sekali semasa masih bertugas dahulu. Sempatlah me'round' Brunei, sempat makan ambuyat, suka sangat! Hydrangeas dah habis gugur bunganya, dah dipotong ranting2nya agar dapat tumbuh tunas baru dan anak baru insya-Allah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...