About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 31 August 2013

Benih Kemboja Jepun

As-salam.

Elok sahaja Puteri Purnama menyebut tentang kiriman daripada rakan bertanam berupa benih kemboja (di sini), kelongsong benih kemboja di laman pun terbuka lalu mendedahkan benihnya. Mak Aji teringat pula yang Ummuaidan pernah meminta Mak Aji tunjukkan kelongsongnya apabila cukup matangnya - inilah dia!!:

Kelongsongnya dari belakang
Tadaaaa! Dah cukup matang, terbukalah dia!
Ini benihnya.
Inilah hasilnya bila benih sudah bercambah menjadi pokok lantas berbunga!!



Friday, 30 August 2013

Haruman Semulajadi untuk Rumah

As-salam.

Setiap kali masuk ke rumah dari pintu hadapan, pasti tercium bau wangi. Apabila diperiksa, tiada lagi bunga kesidang yang kembang, pokok akar dani juga sudah habis bunganya. Periksa punya periksa, ini yang Mak Aji jumpa:

Melurku kembang mewangi.
Rupa-rupanya bunga melur sudah mula kembang. Pokoknya ditanam di pasu di porch rumah. Jadi bau harumnya masuk ke dalam rumah setiap kali angin bertiup! Haruman semulajadi, tidak perlu bersusah payah membeli Ambi-Pur dan seumpamanya untuk mewangikan rumah! (yang tentunya menggunakan bahan kimia).



Patriotik Caraku

As-salam.

Sambil membelek pokok di laman pagi tadi, kedengaran bunyi anak-anak sekolah (dari sekolah menengah berdekatan) bersajak serta bernyanyi-nyanyi lagu patriotik - sempena sambutan hari Merdekalah gamaknya tu! 

Mak Aji pun lantas memandang ke arah pokok bunga raya merah, bunga kebangsaan kita - adalah sekuntum yang kembang! (kalau kembang banyak-banyak, bukankah bagus!) Ha, itu dia, untuk penggemar pokok bunga raya, pastikan anda ada menanam pokok bunga raya merah untuk menunjukkan semangat kesetianegaraan atau patriotisme anda! (macam Mak Aji ni, he he): 

Bunga raya, bunga kebangsaan kita!

Pastikan dalam banyak-banyak bunga raya yang ditanam, ada jenis yang ini! Semasa membeli bunga raya tempoh hari, memang itulah yang terlintas di benak! Amacam, setuju??!!



Wednesday, 28 August 2013

Kalaulah .....

As-salam.

Pokok yang disangka/dianggap elderberry sudah masak buahnya dan sudah pun dinikmati burung-burung yang singgah di laman. Setangkai buahnya hampir selesai dikerjakan dan cuma setangkai lagi yang masih belum disentuh. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dipetik dan dimakan. Apakan daya takut mabuk, hasrat diabaikan sahaja.

Kalaulah boleh dimakan, nescaya selesai dipetik buah ini!!
Ranting yang sudah renggeh dikerjakan burung.



Orkid Berbunga Lagi

As-salam.

Satu-satunya pokok orkid yang ada (yang lain sudah menyembah bumi) di laman berbunga lagi dan berbunga jugalah hati tuannya!

Orkid dari jenis vanda. 


Buah Mahkota Dewa

As-salam.

Pokok mahkota dewa sudah lebih kurang setahun ditanam di laman selepas di beli dari nurseri Pak Ali di Skudai. Untuk pertama kalinya pokoknya sudah mengeluarkan buahnya dan pokoknya juga agak subur. Setakat hari ini belumlah Mak Aji buat apa-apa dengan buahnya yang masih hijau. 

Katanya buahnya banyak berkhasiat untuk mengubat pelbagai penyakit, cuma Mak Aji kurang pasti cara penyediannya. Apapun mari kita lihat rupa pokok dan buahnya dahulu:

Pokok mahkota dewa.
Buah mahkota dewa, sekali pandang semacam jambu batu.
Ini buahnya yang sudah mula hendak matang.
(kamera kurang 'cerdik' - atau tuannya?? - disuruh fokus buah, difokusnya latar, isy!!)



Monday, 12 August 2013

Bunga Disemberku

As-salam.

Salah satu pokok bebawang yang Mak Aji cukup sayang ialah pokok Disember yang merupakan satu-satunya benih yang ada dalam simpanan. Mak Aji membawanya pulang dari Surabaya beberapa bulan lalu. Yang selebihnya dirampas kastam sebaik sahaja dibuat imbasan di lapangan terbang - hampir gugur air mataku!

Ini rupa bunganya ketika pertama kali Mak Aji melihatnya:

Tambah kapsyen

Atas nasihat Diana dari blog KBB, Mak Aji korek sedikit bebawang itu (yang sebelum ini hampir keseluruhannya terbenam di dalam tanah, seperti foto di bawah) agar akan muncul anak-anaknya nanti. Sehari dua lepas Mak Aji perhatikan perkembangannya (foto akhir):

Pada akhir Mei lepas. Hidup segan mati tidak mahu. 
Seronok melihat perkembangannya!

Besarlah harapan agar pokok ini akan hidup subur, beranak-pinak serta akan berbunga menjelang Disember nanti (kalau tidak berbunga juga, kita tukar sahaja namanya ya!). 



Bunga-bungaan Hari Raya

As-salam.

Raya, rayalah juga, pokok kenalah siram juga! Mak Aji tidak balik kampung, jadi tiadalah masalah pokok kekeringan. Mak Aji percaya rakan-rakan kita yang balik kampung pun bersedia dengan pelbagai kaedah untuk memastikan pokok-pokok kesayangan tidak mati kekeringan!

Pokok-pokok di laman Mak Aji juga tidak kurang daripada tuannya untuk menyambut raya. Ada sebahagiannya cukup meriah berbunga seolah-olah mahu turut serta menyambut kemunculan Syawal. Saksikan:

Bunga trumpet (sebelum ini digelar bunga Nasir sempena tuan punya asal pokok ini) banyak berbunga sekaligus!
Baru kuperasan yang warna kelopaknya rupa-rupanya variegated merah putih!). Cukup menawan!
Harum kesidang sampai masuk ke dalam rumah. Baunya seperti bunga rampai, cukup harum!
Bunga bergugus ini cukup galak sekarang, siap berbuah lagi (dalam entri sebelum ini).


Elderberrykah Ini??

As-salam.

Dalam kesibukan beraya Mak Aji perasan pokok ulam yang pernah diteka sebagai elderberry oleh rakan blogger, Dewberry sungguh galak berbunga dan untuk pertama kalinya mengeluarkan buah pula! Sebahagiannya sudah mula matang tetapi apabila Mak Aji ingin mencuba untuk makannya, Pak Aji tegah sebab takut beracun, katanya! 

Apabila buahnya keluar, muncul lagi persoalan, benarkah ini elderberry?? Mari kita lihat:

Salah satu gugus bunganya.
Begini buahnya!
Gugus lain yang baru muncul.
Berikut pula foto yang diperoleh daripada Google:

Bunga elderberry.
Sumber foto: Wikipedia
Buah elderberry.
Sumber foto: Wikipedia
Sekali pandang macam serupa, kan!!?

Kalaulah betul elderberry, berikut maklumat yang Mak Aji peroleh daripada Wikipedia juga yang agak memeranjatkan sebab Mak Aji pernah memakan pucuknya sebagai ulam!:

The ripe, cooked berries (pulp and skin) of most species of Sambucus are edible.[13][14] However, most uncooked berries and other parts of plants from this genus are poisonous. Sambucus nigra is the only variety considered to be non-toxic, but it is still recommended that its berries be cooked slightly for culinary purposes. [13] The leaves, twigs, branches, seeds and roots of Sambucus plants can contain a cyanide-inducing glycoside (a glycoside which gives rise to cyanide as the metabolism processes it). Ingesting a sufficient quantity of cyanide-inducing glycosides can cause a toxic build up of cyanide in the body.




Saturday, 10 August 2013

Koleksi Heliconia

As-salam.

Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini, Mak Aji akan paparkan beberapa foto koleksi heliconia di laman bapa saudara Mak Aji. Layanlah lagi!:

Jenis inilah yang paling lazim ditemui.


Inilah yang paling cantik/mahal antara semuanya!!




Cantik cantik semuanya bukan! Mereka yang berlaman luas bolehlah cuba cuba tanam, kan!



Tanaman di Laman Orang

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi lagi beberapa lagi foto sekitar laman rumah bapa saudara Mak Aji. Layan:

Cukup besar kembang orkid ini!
Orkid lagi yang kembangnya juga besar menawan.
Orkid yang memang unik dengan warna yang cukup ceria!
Entah apalah nama bunga ini ya??
Cukup banyak halia bara ini. 
Juga halia bara yang bunganya bersaiz lebih besar daripada yang di foto atas.
Semacam orkid juga.
Ini pokoknya yang bunganya di bawah.
Merahnya mak ngah!!
Jauh melepasi ketinggian Mak Aji!
Mak Aji sempat kecek pokok ini yang cukup banyak anaknya.
Pokok lotus yang menunggu kembangnya.
Bunga ungu yang agak unik bentuknya. 
Mak Aji panggil 'kobis air' aje tanaman ini, betul ke??
Punyalah subur pokok kantannya, banyaklah pula bunganya! Ini sebahagioan sahaja.
Pokok lada hitam memanjat tembok.
Daun kadok subur menghijau.
Kesum saiz gergasi - menumpang baja orkid yang menitis ke bawah!
Suburnya pandan.
Daun sup di sudut dapur.
Tidak terakam sebenarnya (kalau diikutkan) berapa banyak pokok yang ada di kitchen gardennya sahaja. Ada rosemary, basil, ..... panjang senarainya! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...