About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 10 August 2013

Tanaman di Laman Orang

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi lagi beberapa lagi foto sekitar laman rumah bapa saudara Mak Aji. Layan:

Cukup besar kembang orkid ini!
Orkid lagi yang kembangnya juga besar menawan.
Orkid yang memang unik dengan warna yang cukup ceria!
Entah apalah nama bunga ini ya??
Cukup banyak halia bara ini. 
Juga halia bara yang bunganya bersaiz lebih besar daripada yang di foto atas.
Semacam orkid juga.
Ini pokoknya yang bunganya di bawah.
Merahnya mak ngah!!
Jauh melepasi ketinggian Mak Aji!
Mak Aji sempat kecek pokok ini yang cukup banyak anaknya.
Pokok lotus yang menunggu kembangnya.
Bunga ungu yang agak unik bentuknya. 
Mak Aji panggil 'kobis air' aje tanaman ini, betul ke??
Punyalah subur pokok kantannya, banyaklah pula bunganya! Ini sebahagioan sahaja.
Pokok lada hitam memanjat tembok.
Daun kadok subur menghijau.
Kesum saiz gergasi - menumpang baja orkid yang menitis ke bawah!
Suburnya pandan.
Daun sup di sudut dapur.
Tidak terakam sebenarnya (kalau diikutkan) berapa banyak pokok yang ada di kitchen gardennya sahaja. Ada rosemary, basil, ..... panjang senarainya! 



4 comments:

  1. Subhanallah.cantiknya dan part yg kitchen garden tu mmg praktikal.rajinnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Betul tu, memang kita semua patut ada kitchen garden sendiri walaupun hanya di pasu untuk mereka yang lamannya kecil.

      Delete
  2. Salam mak aji,
    Bunga kuning macam orkid tu rasanya yellow walking iris,Diana KBB ada jual.bunga merah kat bawahnya tu subhanallah..angau saya tengok!cantikkk!mak aji x kecek ke?hehe.ingatkan cuma ada pokok hiasan,tapi juga edible garden,memang tabik spring!saya berkenan sangat dengan gugusan bunga halia bara tu,nampak ornamental kalau bagi orang yang x kenal :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHiFa,

      Adalah juga kecek sepokok dua, lain kali pergi insya-Allah nak kecek lagi, he he! Mereka suami isteri memang minat pokok, itu yg ada segala mak datuk mereka tanam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...