About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 11 January 2014

Alhamdulillah, Hadiah Tahun Baru!

As-salam.

Petang semalam Pak Aji memaklumkan bahawa pokok mangga di laman hadapan rumah berbuah! Mak Aji tidak percaya dan ingatkan dia melawak (macam biasa!) Mak Aji cakap - kalau tipu siap!! Alhamdulillah kali ini Pak Aji tidak melawak! Lihatkan:!

Buah mangga sulung pokok mangga besar ini!
Lihatlah saiznya berbanding kepala Pak Aji! - memang XXL saiznya!

Sebenarnya pokok mangga ini menjadi bahan kajian Mak Aji setelah mendapat petua agar pokok mangga berbuah daripada pak cik Mak Aji di SINI

Petua yang diberi apabila diamalkan alhamdulillah berjaya dan kalau anda rujuk pautan yang Mak Aji berikan di atas, anda boleh saksikan sendiri betapa banyaknya bunga yang terhasil. Malangnya ketika itu musim hujan, maka banyaklah buahnya gugur begitu sahaja - sedih tidak terkata! Mak Aji selepas itu tidak lagi ambil kisah akan pokok mangga tersebut sehinggalah petang semalam! Sebenarnya kami tidak perasan pun akan kehadiran buah tunggal itu sehinggalah kami mencantas pokok senduduk di hadapannya (yang menghalang pandangan dan sudah menjadi agak semak sedikit. Maka seperti suatu keajaiban pula apabila seperti entah dari mana muncul buah yang siap besar, cuma menunggu cukup matang sahaja!! 

Alhamdulillah untuk buah sulung ini dan Mak Aji harap akan bertambah lebat lagi buahnya pada masa hadapan, insya-Allah!



4 comments:

  1. Assalam Mak Aji.. alhamdulillah dapat juga melihat hasilnya.. boleh buat benih nanti ... teringat buah mangga dan kuinin masa tinggal dgn arwah MIL.. masa tu mewah dgn buah.. mangga besar tekoh.. kutip kuinin tiap2 pagi oleh mbak Indon kami.. masa tu tengah struggle nak bina kehidupan mood bertanam diabaikan rasa rugi pula tak simpan benih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Alhamdulillah rezeki yang tak disangka2! Insya-Allah akan disimpan benihnya tu. Itulah dia bila dah banyak tu terlupa pula untuk menyimpan benih, sayang ya!

      Delete
  2. Besar buah tu mak aji...sedap klu mkn dgn kuah rojak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sarah,

      Memang besar buahnya, dapat sebiji puas makan sekeluarga! Buah ni kalau masak memang manis, jadi nak tunggu masaklah insya-Allah. Itu yang nak kena balut takut rosak. Bila dah banyak nanti boleh cicah kuah rojak pulak!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...