About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 16 January 2014

Mangga Mahathir Rupanya!

As-salam.

Pokok mangga besar yang sedang berbuah (walau hanya tinggal sebiji!) sekarang ini menimbulkan tanda tanya di benak Mak Aji. Jenis apakah mangganya? Yang Mak Aji tahu jenisnya sama dengan kakak Mak Aji punya. Setelah membuat sedikit pencarian di Google, maka terjawablah akhirnya - Mangga Mahathir! 

Pada mulanya Mak Aji ingatkan mangga sala tetapi setelah membanding-bandingkan ciri fizikal buahnya serta rupa dedaunnya, maka insya-Allah Mahathirlah dia! Mari kita lihat sekali lagi mangga Mahathir Mak Aji:

Mahathir namamu ya!!
Insya-Allah tidak beberapa hari lagi matanglah dia - kendurilah kami sekeluarga nanti! Jika anda ingin membaca selanjutnya tentang mangga ini, sila baca DI SINI.




15 comments:

  1. Mangga Mahathir? Saya selalunya tahu makan saja. Nama mesti tak tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Mak Aji pun baru kenal mangga ni, dok belajar dengan Pak Cik Google!

      Delete
  2. X pernah dgr Nama Mahathir...biasa manga Cik Ana..siku raja..mas hitam n samseng..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, Mak Aji juga begitu, tak berapa tahu sangat bab ni. Setelah meng-Google barulah tahu. Oh ya, satu lagi nama mangga, yang ni ada Mak Aji tanam, cokanan.

      Delete
  3. Assalammualaikum Mak Aji.
    wah harap2 mangga yg.saya beli disg.buloh hari tu, ada lah mangga jenis ini.Penjual tu kata mangga 'black pepper king'.Hai macam2 nama kan hihihi..ada juga kata mangga 'sala'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Sebenarnya semasa kami beli 2 pokok mangga tu kami tak perasanlah pulak nama jenis mangganya. Yang tahu buahnya insya-Allah besar saja, entah black pepper king entah sala, entah Mahathir! Dah tanya Google barulah tahu (agak2 juga tu!) Mahathir! Harap Puteri punya pun sebesar ini juga!

      Delete
  4. Mahathir juga yg dapat nama.
    Ini kalau dah siap kopek mahu penuh satu pinggan MakAji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Itulah pasal, menumpang nama orang yang gah! Nak tunjukkan betapa gahnya juga mangga ni, he he! Insya-Allah boleh jamu keluarga besar kami!

      Delete
  5. Salam Puan,

    Saya, Noreena Fhareed Lee, Pensyarah IPTS dari International University Malaya-Wales (IUMW) ingin membuat kajian mengenai Sustainability living in Malaysia.

    Saya mengenal pasti puan melalui blog puan sendiri. Oleh itu, saya ingin interview puan mengenai tanaman di kebun dan dtg melawat kebun puan. I would like to know your availability to do the interview. Kalau boleh akhir bln January 2014 & awal February 2014.

    Harap puan boleh membantu saya membuat kajian ini.

    Terima Kasih.

    Noreen (012-6536991)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noreena,

      Insya-Allah kita jumpa ya, seperti yang kita berhubung tempoh hari!

      Delete
  6. Salam mak aji.x sangka ada juga mangga nama mangga mahathir hihi.selama ni tau mkn je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Sama-samalah kita belajar sesuatu yang baru ya!

      Delete
  7. Kamu ada jual bibit mangga mahathir?

    inform saya kalau ada di 0135516501

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum puan, saya nak bertanya, jikalau saya nak.marrcote atau graffting pokok.mangga mahathir ini.boleh.ke ? Puas saya.mencari benih anak pokok.ini jawapannya mungkin, sebab anak pokok kita tidak.pasti lagi...harap puan sudi.

    ReplyDelete
  9. Ingin membeli benih anak pokok mangga mahatir,di Mana saya dapat beli?
    Reply..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...