As-salam.
Ketika Mak Aji dan anak dara Mak Aji menunggu bas di stesen bas Seksyen 17 Shah Alam untuk ke JB tempoh hari, Mak Aji terpandang pokok tunjuk langit di seberang jalan dari tempat Mak Aji duduk. Ini kali kedua Mak Aji terjumpa pokok ini di tempat yang tidak terduga. Lihatkan:
Buah tunjuk langit. |
Bas sudah sampai! Nampak tidak pokoknya yang tinggi itu di sebalik bas?? |
Boleh tahan banyak buahnya. |
Pertama kali Mak Aji nampak pokok ini di Sri Damansara, di tepi jalan besar menghala ke Kepong. Agaknya tidak ramai yang perasan akan kehadirannya pun. Juga sebab tiada yang menyangka pokok ini ditanam di tepi jalan utama!
Mak Aji rasa ramai tahu akan khasiat buah tunjuk langit ini. Jadi tidaklah perlu disebut di sini. Boleh sahaja tanya Pak Cik Google ya! Kalau hendak jalan singkat, klik sahaja pautan berikut:
memang menunjuk langit buahnya ya!
ReplyDeleteSalam Awin,
DeleteYa, memang begitu buahnya! Pertama kali melihat buahnya di pokok Maak Aji juga kagum juga. Padanlah begitu namanya.
kalau ke Perak..pokok ini ada disepanjang jalan dari Jambatan Tengku Bainun hingga ke Segari..Banyak..untung kalau lalu ade buahnya jatuh..
ReplyDeleteSalam Ratu,
DeleteOh ya ke, pihak berkuasa tempatanlah (PBT) yang menanamnya kut ya? Jenuh juga kalau mengharap buahnya gugur ya!
Org bandar tau khasiat tapi tak kenal pokoknya kot...
ReplyDeleteSalam JunAina,
DeleteYelah kut ya, entah ada lagi orang bandar (terutama yang muda2) yang belum pernah dengar pun nama tunjuk langit tu ya!
salam makji,.
ReplyDeletebanyaknyer buah tunjuk langit tuh kan..begitu lebat..sy tak brapa tahu sgt khasiatnya kena tanya pakcik gugel jgk nie..
Salam Ummuaidan,
DeleteMak Aji dah dapatkan linknya untuk memudahkan Ummuaidan, jadi tak payah pergi jauh2 mencari, he he!
As Salam Mak Aji.......Igtkan Mak Aji sembang pasal disco balls tadi masa baca title hehehe :P
ReplyDeleteAs-salam Lynna,
DeleteHe he, bila Lynna cakap mcm tu terbayang terus John Travolta (dengan suit serba putih lengkap bling bling) dengan pose tunjuk langitnya tu!!