About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 18 March 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Alhamdulillah dengan hujan yang turun membasahi bumi sehari dua ini langit cerah dengan hanya segelintir sahaja jerebu. Bolehlah kita menarik nafas lega! Tukang kebun pun bolehlah berehat daripada tugas menyiram pokok! Cukup sekadar memerhati betapa bersyukurnya tanaman dan haiwan juga sekitar laman juga atas curahan air anugerah Illahi!

Cuaca kering sejak sebulan dua ini sedikit sebanyak menjejaskan hasil tuaian. Buah mulberi kurang banyak buahnya dan saiznya juga kecil-kecil berbanding biasa. Stok mulberi di dalam peti ais cuma sedikit sahaja. Yang di pokok masih belum cukup masak untuk dibuat tambahan stok. Lama lagilah nampaknya boleh merasa sirap mulberi!  - rindulah nak minum sirap mulberi! 

Apapun berikut alhamdulillah hasil tuaian pagi ini, walaupun sedikit cuma!:

Dua biji buah kemunting, sedikit cili ungu, sedikit cili putih (yang masaknya oren) serta cili burung. Alhamdulillah!
Di sebelah petang pula Pak Aji memetik 4 biji betik berikut:




Alhamdulillah lengkaplah tuaian hari ini!


18 comments:

  1. mak aji..dah berpuluh th tak makan buah kemunting...teringat zaman kecik2 dulu...buah ni byk tumbuh kt tepi sungai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Samalah kita! Dulu arwah ayah Mak Aji pernah mengajar di Tok Bali. Time tu yakde jambatan, jd terpaksa naik perahu dari pengkalan Semerak. Sampai ke pengkalan di Tok Bali kena jalan kaki lagi baru sampai ke sekolah. Dalam perjalanan berjalan kaki tu banyak buah kemunting! Arwah mak bawa baldi untuk mengisi buahnya. Balik saja arwah buat jem! Itu yang nostalgia bukan main dengan buah ni!

      Delete

  2. Assalam
    Tumpang tanya buah kemunting tu buah apa ya?
    tenung lama juga gambar buah tapi tak dapat cari.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Buah ni semacam buah beri tempatan yang tumbuh liar di kawasan tepian sungai yang berpasir. Pokoknya terdapat di kawasan tumbuhnya pokok gelam (ikut pemerhatian Mak Aji). Nanti Mak Aji upload foto bahagian dalamnya ya!

      Delete
  3. Salam Mak Aji, dah masak dah buah kemuntingnya, saya pun baru jer makan hujung minggu hr tu kat umah mak abah saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam REose,

      Alhamdulillah sudah masak dan sudah makan dah! Alhamdulillah walaupun buahnya sebesar hujung jari manis, namun manis! Mak Aji makan sorok-sorok sebab dua biji aje!

      Delete
  4. Salam makji,
    wah banyaknyer cili yang dituai tuh..tahan seminggu yer..
    boleh ker makji siram pokok? dengarnya kalau siram tanaman bolehkena denda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Insya-Allah tahanlah kut, no prblemo, kalau perlu boleh petik lagi. Kami memang kuat makan cili! Kawasan rumah Mak Aji belum kena catuan air, ok aja setakat ini. Walaupun begitu satu tangki air besar kat belakang rumah dan satu tong besar kat dapur belakang spare aje takut2 kena. Pun sedia ada dua tangki air yg agak besar juga saiznya. Siram pokok rasanya takde pulak kena denda, tp sendiri rasa bersalah dok beri minum pokok manakala orang lain takde air! Jadi siram agak2 spy tak mati ajelah! Kereta tak cuci ya! Oh ya, kalau bakar sampah ya kena saman sebab sekarang jerebu, cuma hujung2lah, hampir clear dah.

      Delete
  5. salam mak aji, comei betui buoh kemunting tu...mace berry pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Memang comey, saiz hujung jari manis aje sebab pokoknya pun sekadar kurang 2 kaki tingginya! Sehari dua lagi nak tuai lagi! Orang negara lain ada beri, kita pun ada beri versi tempatan!

      Delete
  6. banyaknyaa cili....buah kemunting masih blur blur buah apakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Alhamdulillah cili memang banyak, puas makan! Blur dengan kemunting ya! Semacam beri versi tempatanlah. Nanti Mak Aji beri penerangan lanjut ya!

      Delete
  7. yang tak pernah rasa cili ungu tu je lagi.. ;)
    nostalgia sungguh buah kemunting tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia,

      Cili ungu ni pedasnya boleh tahan juga cuma ada sedikit kelainan dari segi rasanya. Rasanya taklah sesedap cili api kampung kalau dibuat ulam dengan budu, tapi kalau stok cili api kampung habis, boleh aja. Apapun cantik warnanya! Pun ada kenangan dengan kemunting ya! Itu yg Mak Aji sayangkan sangat pokok ni - menggamit kenangan lama!

      Delete
  8. Assalam mak aji,

    Buah kemunting? first time dengar,boleh makan ya ak aji ? Betik muda + cili poffff jadi somtam....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ibu Qis,

      Pun tak pernah dengar ya! Nantikan Mak Aji cerita lanjut tentang buah kemunting ni ya! He he, macam magic pulak dengan pofff tu! Betik muda ada je, kalau nak buat somtam datanglah boleh petik sendiri!

      Delete
  9. Salam Mak aji....byk nya tuai cili...bila la nk dpt tuai mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alhamdulillah tuaian ada ketikanya cukup banyak. Kami ni kuat makan cili, jadi alhamdulillah cukup banyaklah juga cili apinya! Sekejap je tu kalau sebanyak tu, licinlah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...