About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 30 March 2014

Update Kacang Renek


As-salam.

Cukup teruja Mak Aji sehari dua ini apabila pokok kacang renek sudah membuahkan hasilnya!! Berjaya juga Mak Aji tanam kacang, yess!!! Bukan apa, Mak Aji seronok sangat sebab pertama kali tanam kacang dengan para teguh bagaikan bank Standard Chartered, (DI SINI) akhirnya pokok kacang (biasa punya) mati begitu sahaja. Akhirnya trellis/para dileraikan semula (boleh guna semula untuk projek lain pula). 

Mari kita ikuti perkembangan pokok kacang renek Mak Aji:

20 Februari - baru subur pokoknya setelah beberapa hari disemai benihnya.
Pada 6 Ma,c setelah siap dipasang sokong yang agak ngok-ngek (flimsy) jugalah. 
Senyum Mak Aji melihat bunga sulungnya pada 19 Mac.
Akhirnya, tadaa!!:

Tambah kapsyen


Tidak sabar rasanya hendak kuulam! Siap kauu!






6 comments:

  1. Sy fasa berbuah tu tak jadi lagi...keluar kacang nya tp makin hari halus kemudian kering gitu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alahai sayangnya kalau tak menjadi. Nampak gaya Nadia kena tunggu lagilah tu, insya-Allah lepas ni akan menjadi! Mak Aji baru pagi tadi petik sebatang yang sulung, ngap gitu aje kongsi ngan Pak Aji! Sedap, manis!! Xtra sedap sebab tanam sendiri dan kami tersenyum puas walau hanya satu!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji.Saya belum sempat menuai dah matang... timing seminggu dari putik.. jadikan benih la gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Mak Aji baru tahu ni yang buah kacang ni boleh matang dlm seminggu! Kalau gitu kena sentiasa perhati, kalau terlepas tu rezeki ex-bos Mak Aji dulu yang mahukan benihnya! Takpe Mar, simpan benih aje dulu, ramai yg suka pokok ni!

      Delete
  3. Assalam mak aji,

    Tu dia pancang dia.......macam rupa kacang penjang kene penjara. hehe....Leh la makan ulam segar lepas ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      He he, pancang bodo aje tu - Pak Aji dok geleng kepala semasa Mak Aji buat tu! Better than nothing, right! Tak buat karang kacangnya meleret kat tanah pulak. Dah kenduri dah tadi sebatang yg sulung! Sedapnya tak terkata!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...