About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 28 April 2014

Mangga Mahathirku

As-salam.

Petang tadi Pak Aji membelek-belek beberapa buah mangga Mahathir yang sedang berbuah dan semakin besar. Dengan bangganya diselaknya satu persatu surat khabar yang membalut buah-buah itu. Disuruh berdiri di sebelah buah sebagai perbandingan saiz tidak mahu pulak dia. Jadi Mak Aji tunjukkan tapak tangan sahajalah untuk anda agak saiznya ya!:

Ini sebiji.
Ini sebiji lagi!
Kesemua buah di pokok belum matang dan alhamdulillah semakin hari semakin membesar! Tidak sabar rasanya untuk melihat saiz maksimumnya nanti! Sekarang ada sekitar berbelas biji bersaiz seperti ini.





4 comments:

  1. besar betul m.aji..alhamdulillah rezeki menjadi buahnya...haih sy teringin nak tanam tapi dah takde kawasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alhamdulillah memang besar buahnya, pun akan membesar lagi tu! Cuba cari pokok mangga yang tut. Lepas tanam kena sentiasa kawal agar tak menjadi tinggi! Senang nak ambil buah juga.

      Delete
  2. memang besar kan makji..berbaloi sangat kalau ade bebanyak nie..puas ati makan nanti...
    haii tak sabar jugak tunggu peluang terakhir tuk mangga kami berbuah nie..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Alhamdulillah saiznya boleh tahan! Harap sempatlah sebelum balik sini mangga UAA berbuah ya, insya-Allah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...