About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 23 April 2014

Rezeki Siapalah Agaknya??

As-salam.

Sudah beberapa kali buah anggur menjadi kismis. Yang terbaharu keluar setangkai lagi kudup bunga anggur - tiadalah lagi Mak Aji menaruh harapan tinggi - entah rezeki kami entahkan tidak!

Entah rezeki siapalah nanti anggur ini??
Kalau melihatkan pokok anggur di ladang anggur di luar negara memang tiada pun para/pergola yang digunakan, nampak agak ringkas tetapi buahnya masya-Allah punyalah banyaknya:

Sumber foto: holycity.org
Ada kawan blogger, Rose dari blog Semua Menjadi menyarankan agar sulur anggur dicantas sahaja sampaikan tinggal yang berwarna coklat sahaja (Mak Aji tambah - tanpa belas kasihan! - mercilessly!). Mak Aji (Pak Aji sebenarnya yang mencantas) ada buat cantasan tetapi masih ada elemen kasihan - maknanya masih tidaklah semuanya ditogelkan! Kalau diiukutkan pokok-pokok seperti dalam foto di atas ini memang hampir togel pun, tiada pun yang menjalar-jalar! Selepas ini bila buat cantasan kenalah dibuat dengan hati kering!!




4 comments:

  1. nampak agak susah untuk tanam anggur tapi amatlah bestnya kalau dapat makan anggur dekat belakang rumah je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ndra (cakkk!),

      Sebenarnya tanam tak susah pun cuma ilmu pasal menjaga pokok agar berbuah/mengeluarkan hasil itu yang tak berapa nak ada tu. Setakat ni dah beberapa kali berbuah tetapi tetapi cuma sekali sahaja yang betul2 nampak buahnya tapi pun tak sempat merasa buahnya (nyanyuk Mak Aji ni, asyik terlupa, akhirnya buah luruh begitu sahaja!). Yang selebihnya pula pokok berbuah tetapi tuannya tak perasan pun, akhirnya menjadi 'kismis' sahajalah! - luruh ke tanah setelah cukup matang! Setakat ni belum seronok, suspens adalah. Harap2 kali ni berhasillah (tapi tak mahu menaruh sangat harapan tu!).

      Delete
  2. assalam mak aji..salam ziarah...bestnyer tanam2 pokok ni..satu kepuasan kan..

    x sabarnya nak tggu pindah umah sendiri..nak tanam2 pokok..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Juls,

      Memang seronok bertanam dan terutama sekali bila dapat menuai hasil tangan kita sendiri! Memang puas! Kalau masih menyewa pun masih boleh bertanam. Semasa Mak Aji muda2 dulu dan masih menyewa, Mak Aji bertanam dalam pasu di hadapan rumah. Bila pindah angkut semua! Paling kurang cili api sentiasa ada dipetik setiap kali perlu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...