About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 8 October 2013

Pokok Tanduk Rusa

As-salam.

Mak Aji pernah ada beberapa pokok tanduk rusa tetapi sekarang hanya satu sahaja yang tinggal. Mak Aji pernah berkunjung ke rumah kawan di kawasan perumahan tempat Mak Aji tinggal sebelum ini dan di porchnya terdapat sepokok tanduk rusa yang berjuntai dari atas porch hingga mencecah ke tanah! Insya-Allah bila ada kesempatan akan Mak Aji kongsikan dengan anda sekalian!

Berikut pokok tanduk rusa Mak Aji yang tidaklah sampai mencecah lantai, cuma tinggal beberapa kaki lagi ya!


Tanduk rusa.
Kata kawan Mak Aji, jika bahagian atasnya (yang melengkung itu) besar dan subur, bahagian bawahnya yang berjuntai akan pendek sahaja. Sebaliknya jika bahagian atasnya kecil, bahagian yang berjuntainya pula yang panjang! Mak Aji rasa betul pendapat dia sebab pokok Mak Aji begitulah juga sifatnya. Apa kata anda???



Bunga Trumpet Kecil Kembang Lagi

As-salam.

Setelah agak lama berdiam diri, bunga trumpet kecil (Mak Aji main taruk aja namanya ni!) kembang lagi beberapa gugus. Perhatikan:

Cantik warnanya serta berbulu lembut.
Baru Mak Aji perasan semacam ada empulur pula bunganya!
Di sini empulurnya jelas kelihatan.


Projek 'Menganggur'

As-salam.

Pokok anggur yang sudah ditanam sekitar dua tahun lepas sudah tiga kali berbuah, namun dek kerana kelalaian Mak Aji, juga dek kerana faktor ketidaksesuaian para anggur, maka buah anggur jatuh ke bumi tanpa disedari mahupun dinikmati! 

Akhirnya, dek kerana niat untuk benar-benar memanfaatkan pokok yang sudah seharusnya membuahkan hasil untuk dinikmati, Pak Aji membuatlah sedikit perluasan pada pergola sedia ada - khusus untuk anggur, yang paranya jarang-jarang agar apabila berbuah nanti, insya-Allah dapatlah kami lihat dengan jelas (harapnya nanti berjuntai-juntailah buahnya!!)

Ini dia perluasan yang dimaksudkan itu, dengan menggunakan kayu sedia ada di laman:

Tambahan di sisi pergola asal, khas untuk anggur. Batang anggur yang di tengah-tengah bawah foto. 
Sebelum pokok anggur yang menjalar di angkat naik ke rumah barunya, hampir semua daunnya dibotakkan dan ranting-ranting yang masih hijau juga dipotong. Yang tinggal hanya batangnya yang sudah keras sahaja. Mak Aji sudah mengamalkan petua Rose dari blog Semua Menjadi ni, harap-harap akan benar-benar menjadi nanti ya, insya-Allah!!




Thursday, 3 October 2013

Ubi Kayu Saiz XXL

As-salam.

Beberapa hari lepas jiran sebelah rumah menghulur buah tangan yang terdiri daripada beberapa jenis ulam-ulaman dan juga dua ketul besar ubi kayu. Saiz ubi kayu cukup besar, malah lebih besar daripada yang Pak Aji pernah gali dari laman rumah kami dahulu (di sini). Cuba lihat saiznya berbanding sudu besar (ingat, bukan sudu kecil ya!!):

Ubi kayu besar yang isinya kuning!
Alhamdulillah syukur akan pemberian, Mak Aji doakan agar akan murah lagi rezekinya! Kami cuma makan yang ketul kecil sahaja manakala yang ketul besar kami perpanjangkan pula kepada sekeluarga lain yang ramai anaknya - semoga bertambah pahala pemberian jiran sebelah!



Projek Persempadanan

As-salam.

Apabila membaca tajuk bunyinya macam persempadanan semula kawasan mengundi ya, he he! Jangan risau, musim mengundi sudah lepas, ini pula projek mega Mak Aji, membuat sempadan di laman - yang pernah Mak Aji sebut tidak lama dahulu. Projek ini sudah berjalan sedikit demi sedikit dan sudah agak kelihatanlah hasilnya alhamdulillah! Saksikan:

Sorry, no cars beyond this point! Arbor yang memisahkan kawasan berkonkrit dan berumput.
Pokok akar dani di kiri arbor dan di kanan pula kesidang dan pokok ketok-ketok (masih kecil lagi).
Pokok sudah ada yang melebihi sekaki tingginya.
Yang ini juga agak subur, apalagi dengan siraman air semulajadi.
Lagi satu sisi.
Hujung sempadan - kawasan ini tanahnya agak kurang subur sedikit.
Sempadan nampak gayanya lebih hijau daripada berwarna-warni. Teringin pula untuk Mk Aji berikan suntikan warna agar lebih ceria sempadan ini - sekali pandang macam anak-anak beratur di sekolah sahaja! Bilalah agaknya boleh keluar ke nurseri ni agar boleh ditinjau bunga-bungaan!





Pokok Mangga Berbuah Sulung

As-salam.

Pokok mangga yang Pak Aji pangkas setelah mendapat petua daripada pak cik MakAji tempoh hari terus berbunga - sehingga hari ini ada tujuh tangkai kesemuanya dan tangkai yang pertama berbunga sudahpun mengeluarkan buah-buah kecilnya!:

Melekatlah kamu mangga agar dapat kami nikmati lagi rezeki daripada-Mu!

Tangkai ini juga lebat bunganya!
Kami agak anxious menunggu buah sulung pokok ini sebab kalau benarlah kata Pak Aji, pokok ini buahnya saiz besar-besar sekali. Entah apalah nama jenisnya - hanya masa yang akan menentukannya - apabila buahnya cukup matang nanti, insya-Allah!




Update Pokok Disember

As-salam.

Kalau Diana dari blog KBB menyebut pada Mak Aji yang pokok Disembernya terus keluar bunga tanpa berdaun pun, Mak Aji pun berharap yang sama juga. Walau bagai manapun, nasib Mak Aji tidak sebegitu baik sebab yang tumbuh ialah daunnya dahulu dan bunganya entahlah bila agaknya (tumbuhlah Disember nanti ya!!)

Berikut rupa pokoknya. Anak pokok belum kelihatan lagi tetapi pokoknya kelihatan agak subur jugalah. Harap-harap mahulah dia beranak pinak kerana apabila banyak nanti mahu juga Mak Aji siapkan flower bed untuknya (berangan-angan jangan tidak!):

Pokok Disember tunggal. Harap cepatlah dia membiak.

Untuk manfaat mereka yang belum pernah lihat bunga daripada pokok ini, layanlah foto berikut:

Cantik, kan!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...