About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 4 September 2014

Bila Pula Kutanam Jambu??

As-salam.

Kalau Mak Aji ternampak taburan kismis yang terhasil secara tidak sengaja dek kerana buah anggur yang berada di atas pergola tidak terperasan dek Mak Aji, itu biasalah. Namun begitu, kalau buah jambu air yang terdapat sekitar pergola, itu sesuatu yang luar biasa! Mana ada Mak Aji tanam jambu air?? 


Jambu air yang entah dari mana datangnya!
Ini ada sebiji lagi bersama-sama buah ceri (tempatan).

Apabila teringatkan tupai yang banyak berkeliaran di laman, Mak Aji agak ini kerja tupai! Tupai bukan sahaja meninggalkan najis mereka di merata laman, malah diangkutnya sekali buah dari entah laman siapa! 

Kalau Pak Aji tuai buah betik dan dibiarkan seketika di meja batu di laman, alamat adalah yang akan berpesta buah betik - kalau tidak tupai, burunglah! Pernah juga suatu ketika tupai masuk ke dalam rumah dan sudah mula menjamu selera dengan pisang masak yang diletak di meja makan! - itu sudah lebeh!!





Pabila Bersua

As-salam.

Pada penghujung Syawal lepas Mak Aji serta anak dan menantu (juga cucu) berkunjung ke rumah rakan blogger Kebun Bahagia Bersama (KBB) yang agak dekat jaraknya dengan rumah Mak Aji. Mak Aji cukup seronok apabila memikirkan ada rakan-rakan blogger lain yang akan hadir sama, terutama sekali yang hanya bersua di alam maya - peluang untuk bersua muka pula! 

Cuba teka siapa yang Mak Aji tunjukkan dalam foto berikut:

Sayangnya tuan rumah tiada bersama-sama dalam foto ini sebab sibuk melayan tetamu! Cuba teka siapa gerangan kami!?
Maaf ya Diana, kononnya selepas itu mahu Mak Aji rakamkan foto kita semua, tetapi hajat tidak kesampaian sebab Mak Aji terpaksa pulang cepat sebab cucu sudah tidur - kasihan pulak budak kecil tu! Dalam mahu cepat terlupa pula untuk rakam lebih banyak foto. Insya-Allah pada lain kesempatan ya!

Mak Aji masih tercium-cium bau harum bunga kemuning yang mengharum laman Diana! 

Semoga ikatan ukhwah sesama kita semakin erat, insya-Allah! Sayang sekali Mar dari blog Suka-suka tidak dapat bersama-sama kami kerana arwah suaminya ketika itu kurang sihat.




Tuesday, 2 September 2014

Yang Kembang Lagi di Laman

As-salam.

Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:

Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini!
Ixora/siantan.
Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje!
Ros nan sekuntum sahaja.
Tiga sekawan Mexican petunia/ruella.
Alamanda climber.
Kemboja kuning.
Bunga melur.
Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri!

Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya! 





Yang Terus Menyeri dan Mengharum Laman

As-salam.

Kali akhir Mak Aji merakam foto pokok akar dani, pokoknya penuh dengan daun sahaja sebab baru dibuat pangkasan agar keluar bunganya lagi. Sekarang bunganya tengah marak dan harumannya cukup membuat tukang kebun tersenyum sendiri:



Tempat akar dani berumah!



Monday, 1 September 2014

Khasiat Bayam Peraksi

As-salam.

Suatu lagi jenis tumbuhan yang mendapat perhatian meluas sehari dua ini ialah bayam peraksi atau juga dikenali sebagai bayam tekukur, ketumbit jantan, ketumbak merah, patah kemudi, kemondelan tumpuh wiyung, cupid's shaving brush, Emilia, sow thistle atai lilac tasselflower.  Nama saintifiknya pula Emilia sonchifolia. Berikut foto tumbuhan liar ini:

Bayam peraksi.
Sumber foto: https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6073167395/in/photostream/

Berdasarkan sumber dari laman berikut terdapat pelbagai khasiat daripada tumbuhan ini:

Daripada sumber FB berikut pula:


tumbuhan ini insya-Allah dapat membantu mereka yang menghidap demam denggi! - dapat menambah bilangan platelet pada pesakit demam Denggi. 

Kaedah yang digunakan untuk mengubat adalah seperti berikut:

Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan gula perang. Kemudian tapis, dan minum. Katanya rasanya seperti air tebu. Walau bagaimanapun anda diingatkan agar masukkan hanya sedikit sahaja gula, agak2 secukup rasa sahaja.  Anda boleh baca pengalaman sendiri tuan punya FB di atas agar dapat dimanfaatkan bersama-sama. 

Untuk pengetahuan anda juga maklumat tersebut dikongsi (share) sebanyak 12,000 kali di FB!

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya-Allah.




Sunday, 31 August 2014

Pokok Belalai Gajah yang Berkhasiat

As-salam.

Rakan-rakan FB yang minat bertanam ada bercerita tentang pokok herba belalai gajah yang mempunyai pelbagai khasiat. Dari situlah Mak Aji teringin untuk memilikinya sendiri sebagai sebahagian koleksi herba di laman. Secara kebetulan pagi tadi Mak Aji ke pasar tani di tapak pasar malam Paya Jaras, Sungai Buloh - Mak Aji memang jarang ke situ walaupun memang dekat dengan rumah Mak Aji. Mak Aji ke suatu gerai yang menjual ubat-ubatan herba dan dihujung gerainya terdapat 3 polibeg pokok yang kelihatannya seperti pokok hempedu bumi. Mak Aji bertanya - "pokok belalai gajah ke ni?" "Ya, jawab tuannya." Mak Aji berasa cukup seronok umpama terkena loterilah pulak! Baru sahaja menyimpan niat untuk mendapatkannya, nah, datang menyerah diri pula dia! Pokok dijual dengan harga RM8 sepokok:

Pokok belalai gajah.

Selain pokok belalai gajah, Mak Aji juga mendapatkan ulam pegaga untuk ditanam semula (stok semakin sedikit sebab asyik dibuat ulam sahaja) dan juga pokok selom (yang sedia ada sudah mati).


Seikat untuk ditanam semula dan seikat untuk diulam.
Daun selom.

Untuk makluman rakan-rakan yang mahu mengetahui khasiat daun belalai gajah, Mak Aji sediakan pautan berikut untuk anda baca:





Saturday, 30 August 2014

Anggur yang Menyerah Diri

As-salam.

Setelah puas bermain cak dengan buah anggur yang akhirnya berterabur menjadi kismis di tanah (entah berapa banyak tangkai yang berbuah tanpa disedari dan busuk begitu sahaja di sebalik jaring hitam yang menjadi bumbung pergola), akhirnya sekejap tadi (setelah Mak Aji meninjau-ninjau) kelihatan 2 tangkai anggur yang baru keluar buahnya!:


Tangkai pertama.
Tangkai kedua lebih banyak buahnya.

Apabila sudah kelihatan mudahlah untuk Mak Aji pantau perkembangannya. Kalau berada di bumbung pergola, susahlah pula memanjat, takut ada sahaja nangka busuk yang menyembah bumi nanti!

Harap-harap menjadilah buah ini sebagai rezeki kami, insya-Allah!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...