About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 25 August 2011

A Taker for Dukung Anak

Pagi ni bawa dukung anak ke pejabat untuk staf yang baru mengalami keguguran. Dah beri arahan sekali untuk merebusnya sebelum diminum. Syukur alhamdulillah atas khidmat yang mampu diberikan. Dalam sebuah buku terbitan MARDI, dukung anak ditanam dengan banyaknya dalam batas-batas yang besar, untuk tujuan perubatan. 

Dukung anak bukannya ditanam tetapi tumbuh sendiri dan sekali tumbuh sungguh cepat membiak hingga terpaksa dikawal agar tidak encroach tumbuhan lain - agaknya sebab itulah ditanam menggunakan batas.

Friday, 19 August 2011

Pokok-pokok yang Pelik

Sambil belayar di alam siber, terjumpa satu blog yang menyiarkan gambar-gambar pokok yang agak pelik. Cuba lihat:










Ringkasnya, betapa bijak dan kreatifnya mereka yang membikin pokok menjadi seperti di atas, betapa hebat dan agungnya Allah yang mencipta manusia!

Wednesday, 17 August 2011

Khasiat Kunyit

Kunyit herba yang kita gunakan hampir setiap hari. Sebaik-baik kunyit ialah yang segar dan bukannya jenis serbuk yang sudah dicampur dengan bahan lain. Sebenarnya kunyit serbuk mungkin telah dicampur pewarna kuning bernama Tertazine yang boleh menyebabkan alahan! Kita ni kadang-kadang malas nak gunakan yang segar dan guna yang serbuk dengan alasan nak cepat, nak mudah.
Berikut maklumat tentang kunyit yang diperoleh daripada Dr. mercola.com:
"Kunyit merupakan raja segala herba antioksidan yang lima hingga lapan kali lebih berkesan berbanding vitamin E, malah lebih berkesan daripada vitamin C. Kunyit membantu menyokong sistem imun kita, mengekalkan tahap kolesterol yang sedia ada dalam julat yang normal, dan membantu melambatkan proses penuaan!
Herba ini juga termogenik, yakni mampu meningkatkan kadar metabolisma dan menggalakkan pembakaran kalori. Kunyit amat rendah kalori tetapi padat dengan nutrisi.
Bahan aktif dalam kunyit, iaitu kurkuminoid menghasilkan antioksidan yang cukup kuat untuk menentang bahan radikal hidroksil - bahan radikal bebas yang paling reaktif. Kurkuminoid juga menyokong fungsi darah dan hati, menjamin sendi yang sihat, kulit yang lembut dan lentur, juga membantu menjaga kesihatan secara keseluruhannya.
Kunyit juga merupakan penggalak sel tiga serangkai dan merupakan adaptogen yang membantu melindungi anda daripada stres."

Kunyit juga dipercayai boleh membantu proses penghadaman dan boleh mengeluarkan angin jahat dalam badan. Kunyit  yang dicampur dengan minyak boleh juga menghaluskan kulit, boleh dijadikan tonik bila dicampur dengan manisan dan minyak bijan, boleh membantu masalah apabila datang bulan, meningkatkan pengeluaran darah merah (elok jika mengalami anemia), jika dicampur air boleh merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut, sendi dan ruam!  




                                                            Bunga kunyit
Sebagai tambahan, pernahkah anda makan bunga kunyit? Bunga kunyit jarang ditemui tetapi untuk pengetahuan semua, bunga kunyit cukup sedap dibuat ulam. Cubalah, selain kunyit itu sendiri. Kunyit muda juga sedap dijadikan ulam.

Saturday, 13 August 2011

Tumbuhan Pembersih Udara

Ingin dikongsi bahan yang dibaca daripada Mercola.com untuk manfaat bersama. Dikatakan terdapat beberapa jenis tumbuhan yang dapat membantu kita membersihkan udara daripada toksin, terutamanya di dalam rumah. Tumbuhan seperti ini dikatakan dapat menapis udara di dalam rumah daripada toksin dan partikel berbahaya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tumbuhan juga dapat melindungi kita daripada kesan radiasi elektromagnetik.

Tidak semua tumbuhan ini ada di negara kita (rasa-rasanya, sebab tak pernah tengok?) tapi yang ada tu, bolehlah kita manfaatkan untuk tujuan ini. Berikut tumbuhan-tumbuhan tersebut:

  1. Feston Lily Plant
  2. Devil's Ivy
  3. Phalaenopsis
  4. English Ivy
  5. Parlor Ivy
  6. African Violet
  7. Christmac Cactus
  8. Yellow Goddess
  9. Garlic Vine
10. Peace Lily

Berikut gambar-gambarnya:

                                                    
                                                       
     

      

              

      

                                               
                                      



                             




Khasiat Dukung Anak (Phyllanthus niruri)

Berikut tambahan maklumat tentang khasiat tumbuhan dukung anak:

a.  sesuai diminum air rebusannya untuk merawat Hepatitis B (membersih darah dalam)
b.  penawar bagi penyakit karang hempedu (diamalkan oleh penduduk Amazon)
c.  memberi kekuatan antivirus untuk melawan penyakit Hepatitis B kerana terdapat di dalamnya fitokimia yang dapat mengawal sel daripada kesan pencemaran persekitaran
d. digunakan sebagai diuretik (Malaysia)
e.  tonik selepas keguguran (Malaysia)
f.  penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan siflis (Malaysia)
g. jus, ekstrak akar dan daun mudanya dapat menguatkan ginjal (Malaysia)

Friday, 12 August 2011

Dukung Anak

Tumbuhan ini dikatakan banyak khasiatnya. Nak tahu macam mana rupa, lihat gambar di bawah:


Kukenal tumbuhan ni apabila anak kedua sakit batu karang. Orang tua-tua beritahu cari tumbuhan ni, rebus sekali dengan akar-akarnya sekali, agak-agak dah suam minum airnya dan jadikan amalan. Pada masa yang sama perlulah minum air putih/sejuk/kosong banyak-banyak.

Suamiku juga selalu minum air rebusan ini sebagai amalan. Aku pun menumpang sama walaupun setakat ini tiada masalah batu karang.

Tumbuhan ini kami biarkan tumbuh subur di belakang rumah, hinggakan tenggelam pegaga dan juga pokok kari yang baru ditanam. Nak dibuang sayang, nak direbus banyak-banyak sampai tak terminum! Siapa-siapa yang nakkan tumbuhan ini, sila hubungi dan datang ambil kat rumah!!

Musuh Datang Lagi

Dua hari lepas kambing jiran datang lagi. Kambing itu kambing jantan yang luar biasa besarnya, agak-agak bukan spesis tempatan. Tumpuannya, pokok pisang kaki yang kutanam beberapa bulan lepas. Tempoh hari habis daun dimakannya. Nak tumpah air mata dibuatnya. Mengikut kata jiran kami, "Dah ramai yang mengadu hal kambing tu. Bila beritahu tuannya, tuannya jawab - dah kambing memang macam tu, nak buat macam mana?" Bagus punya jawapan tuan kambing! Kalau dah tahu kambing berjalan merata-rata merosakkan tanaman orang, ikat ajalah!

Akhirnya kami mengambil langkah membuat pagar jarang keliling pokok tersebut. Dua hari lepas kambing yang sama datang, dihulurnya muncungnya, sempat cecah daun yang baru tumbuh, dimakannya. Kuminta suami pagar sekali lagi agar lebih rapat. Harapan agar selamatlah pokok itu selepas ini. Sekarang pagar rumah pun perlu sentiasa bertutup. Kambing sama juga gigit buah mangga di pokok. Nasib baik pokok lain tak menarik minatnya.

Kalaulah tuan punya kambing tahu akan hak jiran mengikut Islam, nescaya takkan dibiarkan kambingnya berkeliaran. Kami hanya mampu berdoa agar dia berubah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...