About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 31 December 2011

Arbor dan Pergola - Yang Mana Satu Idaman Kalbu??

Sambil jalan-jalan di alam maya, terjumpa beberapa foto arbor dan pergola yang menawan hati dan berikut beberapa foto yang dipilih untuk dikongsi dari sumber http://www.bhg.com/ :

Masya-Allah, cantik sangat!
Bersantai waktu pagi dan petang!
Tanam depan garaj
Nyamannya!
Menunggu pokok memanjat ke atas tingkap
Segarnya udara dengan haruman mawar!
Sejuk nyaman
Kalaulah pergola anggurku begini!!
Bersantai
Minum petang dalam suasana begini!!
Cantik trellis pada dinding!
Tiang roman juga boleh digunakan
Di tepi rumah
Amacam? Kalaulah dapat di rumah kita tentu seronok, kan?? Apapun mesti berangan dulu, manalah tahu rezeki dapat!!

Friday, 30 December 2011

Khasiat Taugeh

Sayur yang sering dijadikan bahan lawak dan dipandang sebelah mata ini rupanya banyak khasiatnya. Nak tahu? 

Taugeh yang cukup berkhasiat

1. Taugeh dikatakan menyumbang kepada kesuburan lelaki dan perempuan. Ini kerana taugeh boleh meningkatkan kualiti sperma dan juga telur.  

2. Taugeh dapat melumpuhkan bibit kanser pada usus besar dan pankreas serta juga leukaemia.

3. Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi meningkatkan kepadatan susunan tulang serta mencegah osteoporosis.

4. Pengambilan yang kerap oleh wanita boleh membantu menghindar daripada kanser payudara, gangguan menjelang datangnya haid, dan membantu menangani gejala pramenopaus serta gangguan akibat menopaus.

5. Taugeh baik untuk mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat lemak yang tinggi dalam darah. Semasa kacang dicambahkan, tahap saponinya meningkat 450% dan saponi inilah yang dapat menghalau lemak jahat LDL tanpa menganggu lemak baik HDL.

6. Serat taugeh padat dengan antioksida yang menghalang tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas yang menjejaskan sel DNA kita. Jadi, taugeh akan menjadikan kita awet muda!!

7. Taugeh dapat membantu proses pembuangan najis lantaran serat dan airnya yang banyak. Inilah tunjang utama taugeh dalam memerangi kanser. Apabila kotoran cepat keluar dari usus, maka racun tidak sempat diserap oleh tubuh. Ini juga mencegah pengumpulan bahan beracun yang merangsang bertunasnya benih kanser.

Jadi, sekarang sukakah anda makan taugeh?? Tentu suka kan???? 
Malam ni masak apa? Masak taugeh!!

Khasiat Minyak Kelapa

Dr. Mercola ada menyebut tentang pelbagai kisah minyak kelapa yang dirasakan boleh dimanfaatkan bersama:


Minyak kelapa
Sepanjang 60 tahun yang lalu kita diwar-warkan dengan berita bahawa lemak tepu menjejaskan kesihatan dan akan mengakibatkan tahap kolesterol naik, sakit jantung, obes dan penyakit Alzheimer. Dalam tempoh 60 tahun yang sama keempat-empat masalah di atas telah meningkat naik dengan mendadak sekali berbanding nenek moyang kita yang mengambil lemak tepu dalam pemakanan mereka. Pelbagai kajian yang dijalankan di kepulauan Pasifik yang 30-60% pengambilan kalori mereka daripada minyak kelapa tepu sepenuhnya menunjukkan bahawa terdapat hampir tiada kes penyakit kardiovaskular!   

Lemak tepu yang terbentuk secara semulajadi dalam minyak kelapa mempunyai pelbagai manfaat seperti berikut:
  • meningkatkan kesihatan jantung
  • mengurangkan berat badan, apabila perlu
  • menyokong kesihatan sistem imuniti
  • menyokong metabolisma yang sihat
  • menyediakan sumber tenaga dengan segera
  • menjaga kulit agar sihat dan muda
  • menyokong  kelenjar tiroid agar berfungsi dengan baik
Jadi, adakah minyak kelapa mengandungi bahan rahsia yang tidak terdapat dalam lemak tepu lain? 
Jawapannya "YA".  

50% daripada kandungan lemak di dalam minyak kelapa ialah lemak yang jarang terdapat secara semulajadi yang dikenali sebagai asid laurik. Asid laurik dianggap bahan ajaib kerana ciri-ciri unik padanya yang membawa manfaat kesihatan.  Tubuh kita menukarkan asid laurik kepada monolaurin yang mempunyai ciri-ciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa. Monolaurin ialah sejenis monogliserid yang boleh menghapuskan virus yang bersalut lipid seperti:
  • HIV, herpes
  • Campak
  • Virus influenza
  • Pelbagai bakteria patogenik
  • Protozoa seperti giardia lamblia
Asid laurik amat berkesan untuk menghapuskan virus dan bakteria gram-negative  dan minyak kelapa mengandungi paling banyak asid laurik berbanding apa sahaja di dunia ini! Satu lagi bahan iaitu asid kaprik yang walaupun kuantitinya sedikit mempunyai komponen antimikrob. 

Dua pertiga minyak kelapa terdiri daripada medium-chain fatty acids (MCFA) atau medium-chain triglyserides atau MCT.  Minyak kelapa ialah sumber semulajadi yang paling kaya dengan MCT. MCF saiznya kecil dan ia menyerap ke membran sel tanpa memerlukan enzim khas untuk dimanfaatkan oleh tubuh kita. MCF juga lebih mudah dihadam tanpa memberi tekanan kepada sistem pencernaan kita. MCF juga dihantar terus ke hati dan ditukar dengan segera  menjadi tenaga tanpa sempat disimpan sebagai lemak. Dengan itu, MCF merangsang metabolisma, lantas mengurangkan berat badan

Minyak Kelapa Membantu Melawan Diabetis

Minyak kelapa tidak menyebabkan insulin naik mendadak ke dalam darah kita. Minyak kelapa bertindak balas seperti karbohidrat, tanpa apa-apa kesan negatif yang berkaitan insulin yang sering dikaitkan dengan pengambilan karbohidrat untuk jangka masa yang panjang.  Pesakit diabetis dan yang prediabetis harus sedar tentang perkara ini. Minyak kelapa yang ditambah kepada diet pesakit diabetis dan prediabetis telah terbukti dapat menstabilkan peningkatan berat badan, dan ini akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat diabetis jenis 2. 

Di Amerika pada tahun 1940-an, para peladang terjumpa manfaat minyak kelapa secara tidak sengaja, iaitu apabila mereka cuba menggemukkan lembu mereka menggunakan minyak ini. Usaha itu gagal! Lembu mereka kurus, aktif dan lapar. Kajian menunjukkan bahawa MCF terbukti mengurangkan berat badan dan mengurangkan pengumpulan lemak.  

Selain menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, proses penyembuhan juga akan semakin cepat. Pertumbuhan sel bertambah untuk menggantikan sel lama dan sistem imuniti berfungsi dengan lebih baik secara keseluruhannya. 

Minyak kelapa juga sudah sekian lama digunakan oleh tukang urut profesional untuk mengurut otot-otot yang tegang. Anda juga boleh menggunakannya sebagai losen. Minyak kelapa memang ideal untuk penjagaan kulit. Ia melindungi kulit daripada kesan penuaan akibat radikal bebas dan boleh membantu anda menjadi awet muda! Pakar fisiologi biokimia, Dr. Ray Peat menganggap minyak kelapa sebagai antioksidan kerana kestabilannya dan ketahanannya terhadap oksidasi dan pembentukan radikal bebas. Beliau juga percaya minyak kelapa mengurangkan keperluan kita terhadap vitamin E untuk mendapatkan perlindungan antioksidan.  Minyak kelapa menyerap ke kulit dan menghilangkan garis serta kedut dengan membantu menguatkan dan melenturkan tisu penghubung, serta membantu mengeluarkan lapisan luar kulit mati, lantas menjadikan kulit lebih licin.    

Minyak Kelapa dan Jantung Anda

Penyakit jantung pembunuh nombor satu di Amerika. Tanda awal penyakit ini ialah serangan jantung dan sepertiga serangan membawa kematian. 

Tanpa mengambil kira tentang propaganda terhadap minyak kelapa, ketahuilah bahawa lemak TAK TEPU  yang membawa kepada penyakit jantung dan bukannya lemak tepu yang berlaku secara semulajadi. [14]

Sebagai tambahan, lemak politaktepu dalam minyak sayur dan bimyak bijan menggalakkan pembentukan gumpalan darah dengan cara meningkatkan kelikatan platelet. Minyak kelapa membantu platelet berfungsi dengan normal. 

Minyak kelapa memang selamat dan begitu berkhasiat sehingga digunakan dalam susu bayi, di hospital untuk bayi yang sakit kritikal, yang diberi minum melalui tiub dan juga untuk mereka yang ada masalah penghadaman. Minyak kelapa juga digunakan dengan jayanya untuk merawat keracunan aluminium.  [15]

Minyak kelapa juga amat berguna untuk wanita mengandung, ibu yang menyusu, golongan tua, mereka yang menitikberatkan kesihatan penghadaman, para atlit dan mereka yang mementingkan kesihatan. 

Sumber: www.mercola.com

Catatan: Semoga kita tidak lagi meremehkan minyak kelapa yang pernah digunakan meluas oleh nenek moyang kita dahulu!!


Thursday, 29 December 2011

Pokok udara

Tentu anda tertanya-tanya apa itu pokok udara? Berikut sedikit maklumat yang dipetik untuk manfaat bersama, dari sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PokokUdara .

Sekarang pokok udara agak popular digunakan untuk menghiasi laman. Tanaman hiasan ini terdiri daripada genus (peringkat pengelasan haiwan atau tumbuh-tumbuhan ke dlm sesuatu kumpulan) tillandsia dan juga merupakan pokok jenis epifit, iaitu jenis yang menumpang pokok lain tetapi mendapatkan air serta nutrien daripada udara di sekitarnya. Air dan nutrien biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik kecil pada daunnya.  

Yang uniknya, pokok ini hanya sesuai tumbuh di permukaan kayu, seramik, kaca, batu karang,cermin dan sebagainya dan akan mati jika ditanam di tanah. Pokok ini agak mudah dijaga kerana hanya perlu disembur air apabila perlu sahaja.

Berikut beberapa jenis pokok udara yang boleh kita 'tanam':

a. Tillandsia usneodes. Spesis ini memang popular sejak dahulu lagi dan lebih dikenali sebagai pokok misai jin atau janggut jin yang sesuai sebagai tanaman gantung. Batangnya mudah bercabang, daunnya kecil dan tumbuh di sekeliling batang serta dilitupi sisik berwarna perak keputihan. Tumbuhan ini berasal dari Argentina dan Chile dan dikenali juga sebagai spanish moss. Kebiasaannya spesis ini dibiakkan menggunakan keratan batang yang hanya perlu dililit pada dawai:

b. Tillandsia argenta. Spesisi ini seperti benang halus yang runcing di hujung dan tumbuh di sekeliling pangkal pokoknya yang berbentuk seperti bebawang. Cantik dan unik sekali.


c. Tillandsia caput-medusae. Spesis ini daunnya agak tebak sedikit, seakan berpintal dan tumbuh dari pangkal pokoknya yang berbentuk bawang. Kadangkala berbunga menarik berwarna merah dalam braktanya yang berwarna biru.

d. Tillandsia oaxacana. Spesis ini daunnya panjang, sedikit bergulung berwarna hijau kelabu dan tidak mengeluarkan bunga.   

Penanaman:
Spesis tillandisa argenta, caput-medusae dan oaxacana mudah ditanam menggunakan anak benih atau offsetnya. Biasanya pokok yang matang atau selepas berbunga, akan ada beberapa anak benih dari sisi pokok induknya. Biarkan anak membesar hingga saiznya seperempat saiz induk. Pisahkan anak daripada induknya, ikatkan anak itu ke batang kayu menggunakan tali (tangsi, rafia) atau lekatkan (dengan UHU atau paku jika dilekatkan pada kayu, batu, bahan seramik, kaca) pada lubang di kayu hanyut dan yang sebagainya. Akhir sekali sembur air (dengan botol semburan) supaya ia tumbuh segar.

Penjagaan:
Tidak perlu kerap siram. Jika cuaca panas, sembur dua kali sehari. Elok diletakkan di tempat yang bercahaya tetapi agak terlindung. Campurkan baja cecair yang dicampurkan ke botol semburan.

Ini kombinasi pokok udara


Sunday, 25 December 2011

Bunga di Laman


Berikut gambar bunga di laman yang diambil sejurus selepas hujan:
Cuba teka bunga apa?
Dari jarak jauh sedikit
Bunga kertas
Sekuntum bunga kemboja


Vertical Garden di One Utama

Mak Aji dan Cik Ning ke One Utama untuk membeli barang hantaran untuk kahwin anaknya nanti yang bakal dilangsungkan pada raya cina nanti dan sambil kami menikmati suasana kemeriahan Krismas, kami terlihat vertical garden di laluan dari sayap (wing) baru ke sayap (wing) lama. Ini gambarnya, cuma kami tidak berpeluang nak membeleknya betul-betul kerana terlalu ramai pengunjung dan seganlah pulak!! 

Yang ini dengan bunga poinsettia yang biasa digunakan untuk Krismas
Yang ini pokok berdaun hijau sahaja
Nampak macam tidak susah membuatnya, mereka pakai pasu plastik yang kita biasa pakai tu, cuma dari segi drainage kurang pasti pulak.

Mak Aji ada terpandang vertical garden di sebuah cerun yang curam di sebelah kanan sebelum kita membelok ke kiri untuk ke hadapan bangunan Sentral di Bangsar.  Malangnya ketika itu Mak Aji memandu, jadi tidak berpeluang merakamkannya. Harap adalah nanti ruang masa dan peluang untuk mengabadikannya nanti. 

Thursday, 8 December 2011

Bunga di Laman

Bunga lili yang dibawa balik benih dari rumah lama di JB kembang buat pertama kali. Warnanya cukup cerah dan meriah. Saksikan:

Bunga lili - jarak dekat

Bunga lili


Sunday, 4 December 2011

Khasiat Daun Kari

Daun kari (daripada pokok kari - Murraya Koenigii ) biasanya hanya kita gunakan untuk masak kari sahaja.

Pokok kari yang cukup subur
Walaupun begitu daun kari atau bahagian-bahagian lain pokok ini memang digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Selepas sedikit pencarian di Internet, Mak Aji dapat membuat kesimpulan berikut berkenaan pokok kari dan khasiatnya: 

Pokok kari ialah sejenis pokok renek ketinggian antara 0.9 - 6 meter,  biasa ditanam di halaman sebagai rempah dalam masakan, terutamanya kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasa agak pahit. Daun ini tidak hanya digunakan dalam kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya. Kari dari India dan Sri Lanka dan akan hidup subur dalam kawasan tropika. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang.  Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Daun kari mengandungi 66.3% kelembapan; 6.1% protein; 1.0% lemak; 16.0% karbohidrat dan 6.4% fiber.  Juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C; juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigin.

Berikut Kegunaan Daun dan Bahagian Lain pada Pokok Kari:

Bil.
Kegunaan
Cara
1.
untuk menguatkan perut; meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman
campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
2.
sebagai julap lemah untuk mengatasi masalah sembelit
Rendamkan daun kari dengan air panas. Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.
3.
sebagai penawar diabetes
Rebus  kulit batangnya yang kering dan amalkan meminumnya  untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4.
mencegah uban, agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5.
untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke  tempat gigitan haiwan berbisa.
6.
untuk merawat lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7.
untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak
Makan daun kari setiap hari sama ada pucuknya utk dibuat ulam atau daunnya yg tua dicampur dgn banyak dlm gulai kari.
8.
masalah loya dan pening
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis dan diminum untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
9.
penawar cirit- birit dan buasir
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit-birit dan buasir.
10.
kecantikan & kesihatan Diri
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
11.
menghalau lalat
Tiada penerangan



Saturday, 3 December 2011

English parsley

Minggu lepas, Mohaini memberikan English parsley untuk ditanam. Terima kasih Mohaini. Ini yang baru ditanam bersama-sama daun bawang. Mak Aji berani tanam secara bercampur-campur sebab En. Iskandar kata kita boleh berbuat demikian tanpa menjejaskan bau dan rasa herba-herba tersebut. Inilah herba yang baru ditanam dalam pasu hari ini:

English parsley dan daun bawang

Daun kesum dan daun pudina

Pegaga

Bunga kertas

Hujung minggu lepas Mak Aji berpeluang ke nurseri dan berikut bunga kertas (bougainvillea) yang diperoleh:

Belum pindah ke pasu lagi

Sudah sedia berbonsai, cuma kena jaga saja

Yang murah sedikit
Pak Aji tidak gemarkan bunga kertas, banyak duri katanya, susah nak jaga. Sebaliknya Mak Aji suka sebab warnanya cantik. Kalau hendakkan mudah kawal, tanam dalam pasu saja, cuma kena jaga airnya sahaja.

Thursday, 1 December 2011

Bunga Kemboja Kembang Mekar

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu tiba - bunga kemboja kembang mekar untuk pertama kalinya. Berikut gambarnya:

Warna yang cukup menawan!
Kemboja lagi
Sayangnya bunga kemboja ini tidak pula wangi seperti yang pernah ditanam dahulu. Apapun, alhamdulillah hajat kesampaian juga!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...