About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 29 December 2011

Pokok udara

Tentu anda tertanya-tanya apa itu pokok udara? Berikut sedikit maklumat yang dipetik untuk manfaat bersama, dari sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PokokUdara .

Sekarang pokok udara agak popular digunakan untuk menghiasi laman. Tanaman hiasan ini terdiri daripada genus (peringkat pengelasan haiwan atau tumbuh-tumbuhan ke dlm sesuatu kumpulan) tillandsia dan juga merupakan pokok jenis epifit, iaitu jenis yang menumpang pokok lain tetapi mendapatkan air serta nutrien daripada udara di sekitarnya. Air dan nutrien biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik kecil pada daunnya.  

Yang uniknya, pokok ini hanya sesuai tumbuh di permukaan kayu, seramik, kaca, batu karang,cermin dan sebagainya dan akan mati jika ditanam di tanah. Pokok ini agak mudah dijaga kerana hanya perlu disembur air apabila perlu sahaja.

Berikut beberapa jenis pokok udara yang boleh kita 'tanam':

a. Tillandsia usneodes. Spesis ini memang popular sejak dahulu lagi dan lebih dikenali sebagai pokok misai jin atau janggut jin yang sesuai sebagai tanaman gantung. Batangnya mudah bercabang, daunnya kecil dan tumbuh di sekeliling batang serta dilitupi sisik berwarna perak keputihan. Tumbuhan ini berasal dari Argentina dan Chile dan dikenali juga sebagai spanish moss. Kebiasaannya spesis ini dibiakkan menggunakan keratan batang yang hanya perlu dililit pada dawai:

b. Tillandsia argenta. Spesisi ini seperti benang halus yang runcing di hujung dan tumbuh di sekeliling pangkal pokoknya yang berbentuk seperti bebawang. Cantik dan unik sekali.


c. Tillandsia caput-medusae. Spesis ini daunnya agak tebak sedikit, seakan berpintal dan tumbuh dari pangkal pokoknya yang berbentuk bawang. Kadangkala berbunga menarik berwarna merah dalam braktanya yang berwarna biru.

d. Tillandsia oaxacana. Spesis ini daunnya panjang, sedikit bergulung berwarna hijau kelabu dan tidak mengeluarkan bunga.   

Penanaman:
Spesis tillandisa argenta, caput-medusae dan oaxacana mudah ditanam menggunakan anak benih atau offsetnya. Biasanya pokok yang matang atau selepas berbunga, akan ada beberapa anak benih dari sisi pokok induknya. Biarkan anak membesar hingga saiznya seperempat saiz induk. Pisahkan anak daripada induknya, ikatkan anak itu ke batang kayu menggunakan tali (tangsi, rafia) atau lekatkan (dengan UHU atau paku jika dilekatkan pada kayu, batu, bahan seramik, kaca) pada lubang di kayu hanyut dan yang sebagainya. Akhir sekali sembur air (dengan botol semburan) supaya ia tumbuh segar.

Penjagaan:
Tidak perlu kerap siram. Jika cuaca panas, sembur dua kali sehari. Elok diletakkan di tempat yang bercahaya tetapi agak terlindung. Campurkan baja cecair yang dicampurkan ke botol semburan.

Ini kombinasi pokok udara


3 comments:

  1. Salam sy nk tanya pokok mini tillandsia dijual dgn harga brp ya size tapak tgn..
    hope dpt petunjuk..

    ReplyDelete
  2. Salam Aura Lisa,

    Mak Aji selalu tengok bila ke nurseri Sungai Buloh tapi sekadar menjeling-jeling sajalah sebab harganya agak boleh tahanlah jugak. Secara pasti Mak Aji kena lihat dan tanya dululah the next time Mak Aji ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dpt murah sy kenal satu penjual ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...