Dr. Mercola ada menyebut tentang pelbagai kisah minyak kelapa yang dirasakan boleh dimanfaatkan bersama:
Minyak kelapa |
Sepanjang 60 tahun yang lalu kita diwar-warkan dengan berita bahawa lemak tepu menjejaskan kesihatan dan akan mengakibatkan tahap kolesterol naik, sakit jantung, obes dan penyakit Alzheimer. Dalam tempoh 60 tahun yang sama keempat-empat masalah di atas telah meningkat naik dengan mendadak sekali berbanding nenek moyang kita yang mengambil lemak tepu dalam pemakanan mereka. Pelbagai kajian yang dijalankan di kepulauan Pasifik yang 30-60% pengambilan kalori mereka daripada minyak kelapa tepu sepenuhnya menunjukkan bahawa terdapat hampir tiada kes penyakit kardiovaskular!
Lemak tepu yang terbentuk secara semulajadi dalam minyak kelapa mempunyai pelbagai manfaat seperti berikut:
- meningkatkan kesihatan jantung
- mengurangkan berat badan, apabila perlu
- menyokong kesihatan sistem imuniti
- menyokong metabolisma yang sihat
- menyediakan sumber tenaga dengan segera
- menjaga kulit agar sihat dan muda
- menyokong kelenjar tiroid agar berfungsi dengan baik
Jawapannya "YA".
50% daripada kandungan lemak di dalam minyak kelapa ialah lemak yang jarang terdapat secara semulajadi yang dikenali sebagai asid laurik. Asid laurik dianggap bahan ajaib kerana ciri-ciri unik padanya yang membawa manfaat kesihatan. Tubuh kita menukarkan asid laurik kepada monolaurin yang mempunyai ciri-ciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa. Monolaurin ialah sejenis monogliserid yang boleh menghapuskan virus yang bersalut lipid seperti:
- HIV, herpes
- Campak
- Virus influenza
- Pelbagai bakteria patogenik
- Protozoa seperti giardia lamblia
Asid laurik amat berkesan untuk menghapuskan virus dan bakteria gram-negative dan minyak kelapa mengandungi paling banyak asid laurik berbanding apa sahaja di dunia ini! Satu lagi bahan iaitu asid kaprik yang walaupun kuantitinya sedikit mempunyai komponen antimikrob.
Dua pertiga minyak kelapa terdiri daripada medium-chain fatty acids (MCFA) atau medium-chain triglyserides atau MCT. Minyak kelapa ialah sumber semulajadi yang paling kaya dengan MCT. MCF saiznya kecil dan ia menyerap ke membran sel tanpa memerlukan enzim khas untuk dimanfaatkan oleh tubuh kita. MCF juga lebih mudah dihadam tanpa memberi tekanan kepada sistem pencernaan kita. MCF juga dihantar terus ke hati dan ditukar dengan segera menjadi tenaga tanpa sempat disimpan sebagai lemak. Dengan itu, MCF merangsang metabolisma, lantas mengurangkan berat badan.
Minyak Kelapa Membantu Melawan Diabetis
Minyak kelapa tidak menyebabkan insulin naik mendadak ke dalam darah kita. Minyak kelapa bertindak balas seperti karbohidrat, tanpa apa-apa kesan negatif yang berkaitan insulin yang sering dikaitkan dengan pengambilan karbohidrat untuk jangka masa yang panjang. Pesakit diabetis dan yang prediabetis harus sedar tentang perkara ini. Minyak kelapa yang ditambah kepada diet pesakit diabetis dan prediabetis telah terbukti dapat menstabilkan peningkatan berat badan, dan ini akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat diabetis jenis 2.
Di Amerika pada tahun 1940-an, para peladang terjumpa manfaat minyak kelapa secara tidak sengaja, iaitu apabila mereka cuba menggemukkan lembu mereka menggunakan minyak ini. Usaha itu gagal! Lembu mereka kurus, aktif dan lapar. Kajian menunjukkan bahawa MCF terbukti mengurangkan berat badan dan mengurangkan pengumpulan lemak.
Selain menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, proses penyembuhan juga akan semakin cepat. Pertumbuhan sel bertambah untuk menggantikan sel lama dan sistem imuniti berfungsi dengan lebih baik secara keseluruhannya.
Minyak kelapa juga sudah sekian lama digunakan oleh tukang urut profesional untuk mengurut otot-otot yang tegang. Anda juga boleh menggunakannya sebagai losen. Minyak kelapa memang ideal untuk penjagaan kulit. Ia melindungi kulit daripada kesan penuaan akibat radikal bebas dan boleh membantu anda menjadi awet muda! Pakar fisiologi biokimia, Dr. Ray Peat menganggap minyak kelapa sebagai antioksidan kerana kestabilannya dan ketahanannya terhadap oksidasi dan pembentukan radikal bebas. Beliau juga percaya minyak kelapa mengurangkan keperluan kita terhadap vitamin E untuk mendapatkan perlindungan antioksidan. Minyak kelapa menyerap ke kulit dan menghilangkan garis serta kedut dengan membantu menguatkan dan melenturkan tisu penghubung, serta membantu mengeluarkan lapisan luar kulit mati, lantas menjadikan kulit lebih licin.
Minyak Kelapa dan Jantung Anda
Penyakit jantung pembunuh nombor satu di Amerika. Tanda awal penyakit ini ialah serangan jantung dan sepertiga serangan membawa kematian.
Tanpa mengambil kira tentang propaganda terhadap minyak kelapa, ketahuilah bahawa lemak TAK TEPU yang membawa kepada penyakit jantung dan bukannya lemak tepu yang berlaku secara semulajadi. [14]
Sebagai tambahan, lemak politaktepu dalam minyak sayur dan bimyak bijan menggalakkan pembentukan gumpalan darah dengan cara meningkatkan kelikatan platelet. Minyak kelapa membantu platelet berfungsi dengan normal.
Minyak kelapa memang selamat dan begitu berkhasiat sehingga digunakan dalam susu bayi, di hospital untuk bayi yang sakit kritikal, yang diberi minum melalui tiub dan juga untuk mereka yang ada masalah penghadaman. Minyak kelapa juga digunakan dengan jayanya untuk merawat keracunan aluminium. [15]
Minyak kelapa juga amat berguna untuk wanita mengandung, ibu yang menyusu, golongan tua, mereka yang menitikberatkan kesihatan penghadaman, para atlit dan mereka yang mementingkan kesihatan.
Sumber: www.mercola.com
Catatan: Semoga kita tidak lagi meremehkan minyak kelapa yang pernah digunakan meluas oleh nenek moyang kita dahulu!!
Catatan: Semoga kita tidak lagi meremehkan minyak kelapa yang pernah digunakan meluas oleh nenek moyang kita dahulu!!
salam Mak Aji.. good info.. sekarang ni ada minyak kelapa dara dalam kapsul.. saya dah lama amalkan..dan dah lama tinggalkan.. nak kena order semula ni.. harap-harap keahlian dan pasword ada lagi he he
ReplyDelete