Hasil ukiran warna oleh seniman Belanda yang bertajuk "The Hanging Garden of Babylon. |
Taman Tergantung Babylon dianggap sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Ia juga dianggap sebagai salah satu daripada keajaiban yang mengkin sekadar legenda semata-mata. Taman ini dikatakan sebagai dibina di kota lama Babylon, berdekatan dengan Al Hillah, di daerah Babil, Iraq.
Taman ini terbina ketika zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar II, yang memerintah Babylon antara 605 dan 562 SM. Baginda dikatakan mengarahkan pembinaan taman ini khas untuk isterinya, Amytis of Media, yang merindukan tanaman yang terdapat di tempat asal-usulnya. Taman ini dikatakan telah hancur kerana beberapa gempa bumi yang berlaku selepas kurun yang kedua SM.
Sumber: Wikipedia
No comments:
Post a Comment