Pernahkah anda melihat rumah yang besar dan cantik tetapi kawasan lamannya tiada pokok hiasan atau kalau ada pun tidak dijaga dengan baik? Sayang sekali bukan?
Pemilik rumah menghias laman dengan pelbagai tanaman untuk pelbagai alasan. Sebahagian besarnya agar rumah kelihatan lebih menarik dengan rimbunan pepohon yang rimbun menghijau.
sejuk dan nyaman sekali |
cuba bayangkan rumah ini tanpa pokok di lamannya! |
Tahukah anda bahawa dengan menamam pokok di sekeliling rumah anda, nilai rumah anda akan meningkat? Itulah yang diutarakan oleh Arborday.org. Menurut Arborday.org pokok di keliling rumah boleh meningkatkan nilai rumah sehingga lebih daripada 15%. Perkara ini amat penting sekiranya anda berkira-kira untuk menjual rumah anda. Selain itu, kehadiran pokok juga membawa pelbagai manfaat lain seperti:
- mengurangkan karbon monoksida dan meningkatkan oksigen dalam atmosfera
- meningkatkan kualiti air dan mengurangkan hakisan (amat penting jika kawasan rumah anda bercerun)
- menjadi tumpuan burung-burung dan menjadi sumber makanan untuk pelbagai haiwan
- memberi teduhan semasa cuaca panas (boleh mengurangkan bil penghawa dingin anda) serta boleh menghadang semasa ribut
- memberikan privasi terutama apabila pokok dijadikan pagar.
- sedikit sebanyak mengurangkan kebisingan terutama sekali jika rumah berdekatan jalan besar
- mengindahkan laman anda dan juga kawasan kejiranan anda
Setiap kali Mak Aji balik kampung berkereta melalui jalan Gua Musang, kami terpaksa melewati jalan di kawasan Dong, Raub (ingat Mona Fendy kan???). Ada sebuah rumah yang agak sederhana sahaja dari segi rupa, kawasan lamannya cukup luas dan terjaga rapi. Tanaman hiasannya tidak banyak tetapi memang amat kemas tersusun rapi dengan rumput yang menghijau. Berdasarkan kereta yang terdapat di hadapan rumah, Mak Aji agak tentu pemiliknya sudah berusia. Walaupun berusia, namun rumah dan laman terjaga rapi! Malulah kita yang lebih muda usianya tetapi kurang rajin!!
No comments:
Post a Comment