About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 19 January 2012

Cuba Teka Apa Ini!

Hari ini Mak Aji berborak dengan kawan sepejabat yang membela ikan gapi di pejabat. Mak Aji bertanyakan jika ada atau tidak kedai yang jual makanan ikan (gapi) dekat dengan ofis, takut terlupa lagi hendak beli (macam semalam), sebab makanan ikan habis licin. Lepas itu tanya dia apa yang diberi kepada ikan pada hari Jumaat sementara hendak tunggu hari Isnin. Katanya dia beri yang ini, yang tahan sampai seminggu (amat sesuai untuk mereka yang hendak balik kampung raya Cina ni dan pada masa yang sama tiada orang hendak beri makan ikan! Ini dia:

Bukan kuih bangkit, tetapi makanan ikan!!
Saiznya selebar 3 cm, rupa seakan-akan kuih bangkit. Rupanya juga semacam ragi (tanpa garis-garis tentunya). Balik kerja Mak Aji menyinggah ke kedai untuk membeli makanan ikan, langsung bertanyakan makanan seperti di atas, malangnya tiada. Nampak gaya kena kirim dengan kawan ofis minta dia belikan.  

2 comments:

  1. ha, betul tu mak aji, suami dieyana pun bagi 'kuih bangkit' ni kat ikan dia kalu nk kelik kampung..hehheh

    ReplyDelete
  2. Ye ke, samalah kita. Mak Aji pun ada kirim kat kawan ofis utk tolong belikan, simpan stok bila tiada di rumah lain kali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...