Suatu petang selepas balik kerja Mak Aji menyinggah ke gerai pisang goreng untuk membelinya. Melihatkan pisang goreng yang agak kecil saiznya, Mak Aji tanyakan pisang apa - "pisang abu," kata penjualnya. Penjual memberitahu bahawa dia cukup sukar mendapatkan bekalan pisang untuk perniagaannya. Mak Aji teringatkan pokok pisang abu yang bertandan-tandan buahnya tempoh hari (sekarang setandan ada di pokok - belum cukup matang lagi).
Pisang goreng - minum petang-petang dengan kopi-0 memang sedap!! |
Catatan: Hendak tahu mengapa Mak Aji sebut pisang goreng dan bukannya goreng pisang? Sengaja Mak Aji berbuat demikian sebab dari segi bahasa (hukum DM) memang itulah cara yang betul menyebutnya (Mak Aji pun tergeliat lidah menyebutnya begitu kerana sudah terlalu biasa menyebut goreng pisang!).